Lawatan Penilaian dan Pemeriksaan Penerima Projek Geran Khas Komuniti Mampan 4.0 (G-KOM4.0) MPHS (Siri 3)

Kuala Kubu Bharu, 06 Mei 2026 - MPHS melalui Ahli Jawatankuasa Smart Mampan MPHS telah melaksanakan Siri 3 : Lawatan Penilaian dan Pemeriksaan Penerima Projek Geran Khas Komuniti Mampan 4.0 (G-KOM4.0) Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang melibatkan kawasan Zon Tengah iaitu Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang Kali dan Hulu Yam.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memantau projek yang telah siap dilaksanakan oleh Penerima G-KoM4.0 serta Penyerahan Plaque simbolik ke atas projek yang telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Lawatan telah disertai seramai 16 orang yang disertai oleh 7 orang Ahli Majlis MPHS serta Pegawai Teknikal MPHS. Sebanyak 11 lokasi lawatan pada Siri 3 ini yang terdiri daripada Komuniti dan Institusi Pendidikan.

Antara projek yang dilaksanakan adalah Projek Pemasangan Lampu Solar, Projek Pemasangan CCTV, Pemasangan Tangki Air Hujan (SPAH) dan Projek Kitar Semula.

MPHS mengucapkan tahniah di atas kejayaan dalam melaksanakan projek melalui peruntukan geran yang telah disalurkan pada Tahun 2025 yang secara tidak langsung menyokong hasrat MPHS dalam komitmen ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Perbandaran Rendah Karbon serta dapat memberikan impak kepada komuniti setempat.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#G-KoMMPHS

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01253220

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015