Recognition and Award

Recognition and Award 2024

Bil Peringkat Pengiktirafan / Anugerah / Penganjur

1. 

Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor bersama dengan agensi kerajaan Hulu Selangor dan wakil komuniti daerah telah menyemai 13,000 pokok Ruellia Simplex bagi mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records sebagai Program Semaian Pokok Ruellia Simplex paling banyak. Semaian 13,000 benih Ruellia Simplex merupakan simbolik kepada 13 mukim yang ada di dalam Daerah Hulu Selangor.

Penganjur Malaysia Book of Records (MBOR)

2. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima Pengiktirafan ‘Diamond Recognition’ dan Pengiktirafan ‘Provisional Certificate’ bersempena dengan Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023.

Tiga Pengiktirafan ‘Diamond Recognition’ bagi kategori:

Zon Bandar Rendah Karbon (LCC Zone)

  • Zon Bandar Kuala Kubu Bharu
  • Zon Kawasan Perindustrian Kenanga – Jasmine Bukit Beruntung

Rakan Kongsi (Partners)

  • Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Tiga Pengiktirafan ‘Provisional Certificate’ bagi kategori:

Zon Bandar Rendah Karbon (LCC Zone)

  • Kawasan Perindustrian Bernilai Tinggi Serendah

Rakan Kongsi (Partners)

  • Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Beruntung

Penganjur Malaysian Green Technology and Climate Change Center (MGTC)

3. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima Pengiktirafan 5 bintang (93.45%) bagi Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak bagi tahun 2024 menerusi penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT).

Penganjur Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

4. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima Anugerah 'Green Leadership' sebagai penghargaan ke atas pengurusan sisa pepejal bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan bersempena dengan Waste Management Association of Malaysia (WMAM) Annual Conference 2024.

Penganjur Waste Management Association of Malaysia (WMAM)

5. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima pengiktirafan Anugerah Bandar Paling Mampan 2024 bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan berdasarkan kepada pengukuran Jaringan Penunjuk Bandar Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) bagi tahun 2024.

Penganjur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)

6. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima penghargaan Anugerah Bandar Paling Mampan 2024 kategori Perbandaran/Daerah bersempena dengan Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Selangor 2024

Penganjur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan

7. Negeri Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima Penghargaan Rakan Sinergi di
Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024

Penganjur Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor
8. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Cik Naina Natasha Yusra binti Mohd Yusof, Pembantu Tadbir, Jabatan Pembangunan Masyarakat menerima Anugerah Menti Terbaik bagi Program Pementoran Peringkat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2024.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

9. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah berjaya mengekalkan dan memenuhi keperluan skop pensijilan daripada SIRIM dengan 1 Ketidakpatuhan (NCR) dan 2 penemuan Peluang Penambahbaikan (OFI) bagi Audit Pematuhan (Surveillance Audit) MS ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).

Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

10. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketakakuran dengan beberapa peluang penambahbaikan.

Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Recognition and Award 2023

Bil Peringkat Pengiktirafan / Anugerah / Penganjur
1. Antarabangsa

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima Sijil Pengiktirafan bagi kategori “Completion of SDG Roadmap”. Pengiktirafan ini diberikan melalui Inisiatif Majlis Perbandaran Hulu Selangor dalam menyediakan Laporan “Voluntary Local Review” (VLR) dan “SDGs City Roadmap”.

Penganjur Urbanice Malaysia, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

2.

Antarabangsa

 

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Jabatan Perancang Bandar menerima Sijil Penyertaan Pempamer bagi penyertaan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor ke-8 ataupun 8th Selangor Smart City & Digital Economy Convention (SDEC) bersempena dengan Selangor International Business Summit (SIBS) 2023.

Penganjur Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

3. Kebangsaan

Pengiktirafan 5 bintang (96.77%) bagi Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak bagi tahun 2022 menerusi penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT). PBT Terbaik Perbandaran (Kriteria Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk). Kedudukan PBT 15/153 (satu Malaysia).

Penganjur Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

4. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Jabatan Landskap telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) di bawah Living World and Nature bagi kategori First Local Authority to organise World Landscape Architecture Month.

Penganjur Malaysia Book of Records (MBOR)

5. Kebangsaan

Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah dicalonkan dalam senarai lima finalis bagi Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 bagi kategori Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik (Perbandaran) di Malaysia.

Penganjur Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

6. Negeri

Perbandaran Hulu Selangor menerima Penghargaan Bandar Paling Mampan 2023 berdasarkan pengukuran tahap kemampanan program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) di dalam Malaysia Urban Planning Awards (MUPA) 2023 bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan. Pengiktirafan ini diberikan kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia bagi Tahun 2023.

Penganjur PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar Semenanjung Malaysia), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

7. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Korporat telah menjadi Finalis Cabaran Bakul Pengguna Peringkat Negeri Selangor.

Penganjur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

8. Negeri  

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima pengiktirafan 5 bintang (95.96%) bagi Kluster Pihak Berkuasa Tempatan menerusi penilaian Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tahun 2023. Majlis Perbandaran Hulu Selangor berada di kedudukan ke-4 terbaik daripada 12 PBT di Negeri Selangor.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

9. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) menerima Green Achiever Awards 2023 setelah mencatatkan pencapaian peratusan tertinggi iaitu 42.6% dalam sasaran pemasangan lampu LED yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

10. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui penyertaan Kumpulan SyazYah dengan produk MPHSGO 2.0 berjaya menjadi Naib Johan 1 Sektor Awam (PBT) Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2023.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

11. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bandar Mampan Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kategori Perbandaran/Daerah bagi Anugerah Kemampanan Bandar 2023 Peringkat Negeri Selangor berdasarkan kepada pencapaian dalam Pelaksanaan Jaringan Penunjuk Bandar Mampan Bandar-Luar Bandar (MURNinets). Majlis ini diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023.

Penganjur PLANMalaysia Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Kerajaan Negeri Selangor

12. Daerah

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Korporat telah menjadi Naib Johan Cabaran Bakul Pengguna Peringkat Daerah Hulu Selangor.

Penganjur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

13. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketakakuran dengan beberapa peluang penambahbaikan.

Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

14. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor berjaya mengekalkan Sijil Bersih (Sijil Tanpa Teguran) pengauditan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

Auditor Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor

15. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor memperolehi Pensijilan 3 bintang dengan markah keseluruhan 88.42% bagi Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (APB-5S)

Auditor Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
16. Agensi

Pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2013.

Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Recognition and Award 2022

Bil Peringkat Pengiktirafan / Anugerah / Penganjur

1.

Antarabangsa

Penyertaan ke International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2022 bertempat di Jakarta, Indonesia pada 15-18 November 2022. Kumpulan Miraculous daripada Induk 5S, Majlis Perbandaran Hulu Selangor memenangi Gold Award. Kumpulan D’Innovator daripada Jabatan Kejuruteraan MPHS dengan produk Ezy-M memenangi Silver Award.

Penganjur Indonesia Quality Management Association (IQMA)

2. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima empat Anugerah Pengiktirafan Diamond atas pencapaian dalam pengurangan pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) melalui penyertaan MPHS dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) bagi Tahun 2021.

Pengiktirafan Diamond ini terdiri daripada satu Kategori Zon iaitu Bandar Kuala Kubu Bharu dengan pengurangan karbon sebanyak 48.94% bersamaan 3,767.17 tCO2e dan tiga Kategori Rakan Kongsi iaitu Ibu Pejabat MPHS dengan pengurangan karbon sebanyak 14.33% bersamaan 38.17 tCO2e, Hospital Kuala Kubu Bharu 14.28% bersamaan 173.83 tCO2e dan Masjid Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu 24.43% bersamaan 18.73 tCO2e

Majlis Perbandaran Hulu Selangor turut menerima empat Pensijilan Sementara (Provisional Certificate) yang terdiri daripada satu Kategori Zon iaitu Kawasan Perindustrian Kenanga - Jasmine Bukit Beruntung dan tiga Kategori Rakan Kongsi iaitu SK Kuala Kubu Bharu 2, SJKT Kuala Kubu Bharu dan SJKC Khing Ming atas usaha pembangunan data penanda aras rendah karbon

Penganjur Malaysian Green Technology and Climate Change Center (MGTC)

3. Kebangsaan

Pencapaian Majlis Perbandaran Hulu Selangor di tempat ke-2 Kategori PBT Daerah dalam pelaksanaan MURNINets 2.0 Tahun 2021

Sijil Penghargaan bagi  Penganugerahan Bandar Bahagia 2021 atas pencapaian Indeks Kebahagian yang telah dilaksanakan untuk tahun 2021

Penganjur PLANMalaysia (Jabatan Perancang Bandar Semenanjung Malaysia)

4. Kebangsaan   

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima MLAA Merit Award 2022 bagi Government Category - Green Initiatives Award (Projek Data Is King) pada 25 Mac 2022  

Penganjur Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)

5. Kebangsaan

Pengiktirafan 5 bintang (96.77%) bagi Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak bagi tahun 2022 menerusi penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT).

Juruaudit Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

6. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima tempat ke-2 bagi penghargaan Bandar Mampan Terbaik 2022 Kategori Majlis Perbandaran.

Penganjur PLANMalaysia (Jabatan Perancang Bandar Semenanjung Malaysia)

7. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah terpilih sebagai PBT Terbaik Perbandaran (Kriteria Penyertaan Komuniti & Pandangan Penduduk) menerusi penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT).

Juruaudit Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

8. Negeri

Insentif penghargaan bernilai RM3,000.00 bersempena dengan jumlah penyertaan terbanyak Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2021.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

9. Negeri

Naib Johan kategori Inovasi Sosial (Penciptaan) bagi Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor 2022 melalui kumpulan Ikigai  daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan produk SIDINA (sisa jadi dana).

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

10. Negeri

Johan kategori Sektor Awam (PBT), Anugerah Khas Produk Akhir Terbaik bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor Tahun 2022 melalui kumpulan Ikigai  daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan produk SIDINA (sisa jadi dana).

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

11. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah berjaya mengekalkan Sijil MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketakakuran dengan beberapa peluang penambahbaikan

Juruaudit Sirim Qas International Sdn. Bhd.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 03 December 2024, 00:44:50.
Total Visitors :
00880830

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015