Media Statement Regarding the Issue of “Letter of Appeal, Objection and Reconsideration for Action on Complaints of Disturbance in Organizing Camping Activities at Jalan Ara 3, Pusat Perdagangan Ara”

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) merujuk kepada hantaran yang telah dimuat naik oleh laman Facebook Batang Kali Hulu Selangor baru-baru ini berhubung isu “Surat Rayuan, Bantahan dan Pertimbangan Semula Untuk Tindakan Aduan Kacau Ganggu Mengadakan Aktiviti Berkhemah di Jalan Ara 3, Pusat Perdagangan Ara”.

Sehubungan itu, MPHS ingin menegaskan bahawa pihak Majlis bukanlah pihak yang menularkan surat berkenaan.

MPHS turut menjelaskan bahawa surat yang sedang tular tersebut bukan merupakan dokumen rasmi yang berada dalam simpanan Majlis. Berdasarkan penelitian terhadap imej yang tersebar, dokumen tersebut dipercayai merupakan salinan surat milik penghantar yang memaparkan cop penerimaan rasmi MPHS sebagai bukti penerimaan.

Adalah menjadi amalan pentadbiran bahawa salinan surat yang telah dicop terima akan dipulangkan serta-merta kepada penghantar sebagai rekod penerimaan. Justeru, MPHS tidak mempunyai kawalan terhadap penyebaran mana-mana dokumen yang bukan berada dalam simpanan rasmi Majlis.

MPHS menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau tafsiran yang boleh menimbulkan kekeliruan. Sebarang maklumat berkaitan isu ini hendaklah diperoleh melalui saluran komunikasi rasmi MPHS bagi memastikan ketepatan dan kesahihan fakta.

MPHS komited untuk terus melaksanakan tanggungjawab pentadbiran secara telus, profesional dan berintegriti demi kepentingan masyarakat setempat.

Disediakan oleh

Bahagian Korporat

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Image

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Monday 02 March 2026, 08:12:17.
Total Visitors :
01200874