Publicity and Public Participation Program for the Draft Hulu Selangor District Local Plan 2035 (Amendment 2)

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN 2)

Nota : Semakan hendaklah dibuat terhadap perkara yang terkandung di dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) sahaja.

Sukacita dimaklumkan Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) telah tersedia untuk disemak oleh Tuan / Puan, Pemilik Tanah, Pemaju Hartanah serta Pihak-Pihak Berkepentingan .

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) melibatkan pengubahan ke atas dua (2) Blok Perancangan (BP) daripada keseluruhan lima (5) Blok Perancangan, sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan.

Pengubahan zon guna tanah yang dicadangkan dalam Draf RTDHS 2035 (Pengubahan 2) melibatkan kawasan BP1 : Bukit Beruntung – Serendah – Hulu Yam dan BP2 : Kuala Kubu Bharu – Batang Kali – Rasa – Lembah Beringin – Kerling – Kalumpang.

Keluasan keseluruhan BP1 adalah 32,514.25 hektar atau 18.51 peratus, manakala keluasan keseluruhan BP2 adalah 30,577.04 hektar atau 17.41 peratus daripada keluasan keseluruhan kawasan kajian. Jumlah keluasan kawasan yang terlibat dengan pengubahan zon guna tanah adalah seluas 1,652.93 hektar atau bersamaan 0.94 peratus daripada keluasan keseluruhan.

Tempoh Semakan Laporan :
3 Februari 2026 Sehingga 6 Mac 2026

Masa Semakan :
9.00 Pagi Sehingga 5.00 Petang (Waktu Pejabat)

Dokumen softcopy boleh dimuat turun melalui Kod QR atau klik pada pautan yang telah disediakan.
Pautan muat turun klik di sini

Lokasi Semakan :
Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu
DAN
PLANMalaysia Selangor, Tingkat 4, Menara PPNS, Pesiaran Damai, Shah Alam

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh menghubungi Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor ditalian 03-60641331 sambungan 123.

Sebarang maklumbalas dan cadangan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) boleh dikemukakan melalui borang yang telah disediakan.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangorMajuBersama
#MajuPerkasaHasilSemua
#DaripadaAndaUntukAnda
#HuluSelangorDaerahMesraPelabur
#HuluSelangorHabPembuatanPengangkutan
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Tuesday 03 February 2026, 09:56:06.
Total Visitors :
01175152