Sustainable Community Special Grant (G-KoM 5.0) Offer – Phase 2, 2026

Tawaran Geran Khas Komuniti Mampan 5.0 (G-KoM 5.0) Fasa 2 Tahun 2026

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) kini membuka permohonan G-KoM 5.0 Fasa 2 kepada warga Hulu Selangor bagi melaksanakan projek dan program komuniti yang memberi impak positif, mampan serta memenuhi keperluan setempat.

Sebanyak RM22,700.00 diperuntukkan untuk pelaksanaan projek dalam bidang keutamaan berikut:

  • Alam Sekitar dan Kelestarian
  • Ekonomi Komuniti
  • Infrastruktur Kecil Komuniti
  • Pendidikan dan Kesedaran
  • Sosial dan Pembangunan Komuniti

Permohonan terbuka kepada:

  • Komuniti Setempat
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Institusi Komuniti dan Pembangunan Insan
  • Kumpulan Belia dan Wanita

Tarikh tutup permohonan: 12 Ogos 2026

Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui:

https://g-kom.mphs.gov.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia Geran Khas Komuniti Mampan, Bahagian Pembangunan Mampan, Jabatan Perancang Bandar MPHS di talian 03-6064 1331 sambungan 123/156 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Rebut peluang ini untuk merealisasikan idea dan inisiatif komuniti demi Hulu Selangor yang lebih mampan, sejahtera dan berdaya tahan.

Daripada Anda, Untuk Anda.



QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 05 August 2026, 03:48:10.
Total Visitors :
01330755