Bengkel Semakan Separuh Penggal Sasaran Kerja Utama (SKU) Tahun 2026

BENGKEL SEMAKAN SEPARUH PENGGAL SASARAN KERJA UTAMA (SKU) MPHS TAHUN 2026
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Bengkel Semakan Separuh Penggal Sasaran Kerja Utama (SKU) Tahun 2026 pada 29 hingga 31 Julai 2026. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, dan dihadiri oleh Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS, serta para pengarah dan ketua bahagian MPHS.
Bengkel ini bertujuan untuk:
1. Menilai pencapaian separuh penggal Sasaran Kerja Utama (SKU) MPHS bagi tahun 2026.
2. Mengenal pasti jurang pencapaian serta peluang penambahbaikan.
3. Merangka strategi dan pelan tindakan yang lebih berkesan bagi memastikan sasaran utama MPHS dapat dicapai.
4. Mengurus dan melaksanakan KPI selaras dengan peruntukkan bajet yang telah diluluskan
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen barisan pengurusan tertinggi MPHS dalam memperkukuh tadbir urus organisasi serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, selaras dengan visi dan misi MPHS dengan mengambil kira perkembangan dan isu semasa

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 07 August 2026, 10:13:14.
Total Visitors :
01333778