Lawatan Kerja Majlis Perbandaran Port Dickson ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON KE MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

Kuala Kubu Bharu, 10 November 2025 – Pihak Majlis pada hari ini telah menerima lawatan rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi perkongsian ilmu dan pengalaman dalam Pengurusan Endowmen serta Pengurusan Pembangunan Tapak Perkhemahan. Lawatan sebegini bukan sahaja memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, malah menjadi wadah penting untuk kita bertukar idea, berkongsi pengalaman dan memperkukuh kefahaman dalam bidang-bidang baharu yang semakin relevan dalam konteks pembangunan semasa.

Delegasi Majlis Perbandaran Port Dickson telah diketuai oleh Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Port Dickson. Lawatan kerja tersebut telah disambut oleh Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor merangkap Pengarah Jabatan Perbendaharaan serta diiringi oleh TPr Gs. Azlina binti Moktar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Encik Amlie bin Ismail, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.

Perkongsian pertama melibatkan Pengurusan Pembangunan Tapak Perkhemahan yang telah disampaikan oleh TPr Gs. Azlina binti Moktar. Beliau turut mengupas isu dan cabaran yang dihadapi serta menerangkan pendekatan Majlis dalam melayan permohonan pembangunan tapak perkhemahan bagi memastikan semua tapak perkhemahan yang beroperasi di Daerah Hulu Selangor berlesen dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Perkongsian kedua berkaitan Pengurusan Endowmen telah disampaikan oleh Encik Amlie bin Ismail. Antara intipati pembentangan beliau ialah hala tuju Tabung Endowmen dalam menyokong kesejahteraan penduduk Daerah Hulu Selangor di samping menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya Matlamat 1: Tiada Kemiskinan, Matlamat 2: Sifar Kelaparan dan Matlamat 4: Pendidikan Berkualiti.

Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor sentiasa menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman antara pihak berkuasa tempatan sebagai usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta memperluas inovasi dalam pembangunan tempatan ke arah menjadikan daerah ini mampan, sejahtera dan berdaya huni.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangorMajuBersama

#MajuPerkasaHasilSemua

#DaripadaAndaUntukAnda

#HuluSelangorDaerahMesraPelabur

#HuluSelangorHabPembuatanPengangkutan

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#MatlamatPembangunanLestari

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Tuesday 18 November 2025, 04:52:40.
Total Visitors :
01108899