MPHS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS DAERAH JELI
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerima lawatan rasmi daripada delegasi Majlis Daerah Jeli (MDJ), Kelantan yang diketuai oleh Setiausaha MDJ, Tuan Haji Nik Abdul Halim bin Haji Nik Hassan.
Lawatan ini melibatkan seramai 48 orang delegasi dalam kalangan Ahli Majlis, Ketua Jabatan serta kakitangan MDJ. Ia menjadi platform strategik untuk memperkukuh hubungan dua hala serta menjalin kerjasama dalam pelbagai aspek termasuk tadbir urus, pembangunan ekonomi tempatan, pelancongan dan kesejahteraan komuniti.
Sebagai sebahagian daripada pengisian program, MPHS telah membawa delegasi MDJ melawat ke beberapa lokasi pelancongan dan inisiatif komuniti di daerah Hulu Selangor, antaranya:
1. The Sticks, Kuala Kubu Bharu – destinasi eco-tourism berkonsepkan percutian alam semula jadi
2. Empangan Sungai Selangor – lokasi strategik yang menjadi sumber utama bekalan air dan tapak pelancongan berpotensi
3. Lorong Seni KKB – inisiatif seni komuniti yang menyemarakkan identiti tempatan dan memperindah persekitaran bandar
MPHS turut berkongsi pelaksanaan inisiatif utama dalam sektor pelancongan seperti:
1. Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S)
2. Garis panduan pengurusan tapak perkhemahan dan pelancongan berasaskan alam
3. Rakan Strategik Pelancongan Daerah (RSPD)
4. Acara pelancongan antarabangsa seperti Hulu Selangor Ultra Trail (HSUT) dan Hulu Selangor Adventure Challenge (HSAC)
MPHS optimis bahawa lawatan ini akan menjadi pencetus kepada sinergi jangka panjang yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam pembangunan pelancongan luar bandar, pemeliharaan alam sekitar dan pengupayaan komuniti akar umbi.
Turut serta dalam sesi lawatan ini ialah YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Encik Shaiful Rizza Haji Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHSP, Puan Saripah Bakar, Ahli Majlis MPHSP serta pengarah-pengarah Jabatan MPHS.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Majlis Daerah Jeli atas lawatan rasmi yang amat bermakna ini.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon