Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPHS bagi Penggal Tahun 2024 Hingga Tahun 2025

MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS MPHS BAGI PENGGAL TAHUN 2024 HINGGA TAHUN 2025.

Kuala Kubu Bharu, 10 Julai 2025 - Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis, Encik Eng Teck Ming (Ahli Majlis Zon 9) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi Penggal Tahun 2024 hingga Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Chiling pagi tadi.

Majlis angkat sumpah tersebut telah diadakan di hadapan YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.A.D Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah, Ketua-ketua Whip, barisan Ahli Majlis serta Pengarah-pengarah Jabatan dan Ketua Bahagian MPHS.

Zon khidmat Ahli Majlis yang akan dikawalselia oleh Encik Eng Teck Ming ialah Zon 9 iaitu zon Kuala Kubu Bharu Selatan dan kawasan sekitarnya.

Seluruh warga MPHS mengucapkan tahniah kepada Encik Eng Teck Ming atas pelantikan sebagai Ahli Majlis yang baharu. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah serta dapat berkhidmat untuk masyarakat setempat.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 11 July 2025, 13:44:42.
Total Visitors :
01022896

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015