Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan Jasamu Dikenang 2025 MPHS

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2024 DAN JASAMU DIKENANG 2025 MPHS.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan Jasamu Dikenang 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah diadakan di Ballroom, Geo Hotel & Resort pada 9 Mei 2025.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor. Beliau juga turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2024 kepada tiga puluh lima (35) warga MPHS yang menunjukkan prestasi dan khidmat bakti yang cemerlang, dua (2) Anugerah khas YDP, satu (1) penghargaan belasungkawa dan empat (4) Anugerah Jasamu Dikenang kepada pesara pada malam tadi.

Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin mengucapkan tahniah kepada semua penerima-penerima APC pada tahun ini dan berharap ianya dapat menjadi pendorong kepada seluruh warga kerja MPHS dalam menghasilkan perkhidmatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan ke arah yang lebih berkualiti, cemerlang serta berimpak tinggi pada tahun yang akan datang.

Hadir sama Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Tuan Awaluddin bin Zakaria Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam yang merupakan mantan Setiausaha MPHS, Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan serta kakitangan MPHS dengan bertemakan karakter filem melayu klasik.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

#ApcMPHS

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 06 June 2025, 02:25:01.
Total Visitors :
01000816

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015