Majlis Jamuan Teh Diraja bersama pesara, pelabur dan penjawat awam sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor

MAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA BERSAMA PESARA,PELABUR DAN PENJAWAT AWAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK DYMM SULTAN SELANGOR

24 OKTOBER 2026, KLANG - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, berkenan mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Diraja bersama pesara, pelabur dan penjawat awam sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang.
Yang Dipertua MPHS, Ybrs. Puan Julaihah Jamaludin hadir bersama- sama kakitangan dan pesara- pesara MPHS. Majlis ini turut dihadiri YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; Orang-Orang Besar Istana; Orang-Orang Besar Daerah,barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) serta ketua-ketua jabatan Negeri Selangor.
Majlis ini merupakan satu penghargaan buat kakitangan dan pesara MPHS kerana dijemput untuk sama - sama meraikan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Sultan Selangor.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Tuesday 27 October 2026, 02:29:16.
Total Visitors :
01397568