MAJLIS PENUTUP SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT 2025
Shah Alam, 12 November 2025 – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Julaihah binti Jamaludin, telah menghadiri Majlis Penutupan Selangor Techsphere Summit 2025, sebuah acara berimpak tinggi yang menghimpunkan pemimpin industri, usahawan, inovator serta komuniti teknologi dari seluruh negara.
Program anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui SUK Selangor, MBI Selangor dan Invest Selangor ini bertujuan memperkukuh ekosistem teknologi dan digital negeri, selain menjadi platform perkongsian ilmu serta inovasi bagi mendokong agenda Selangor sebagai negeri pintar dan digital terkehadapan di Malaysia.
Majlis penutupan yang berlangsung dengan meriah turut dihadiri oleh wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), syarikat korporat, penaja serta rakan strategik seperti HRDCorp, MBOT, Siemens, Festo, KNX, Tourism Selangor dan Media Selangor.
Kehadiran Puan Yang Dipertua MPHS melambangkan sokongan berterusan MPHS terhadap usaha memperkasa pembangunan bandar pintar serta adaptasi teknologi dalam tadbir urus tempatan. MPHS komited untuk terus meneroka peluang kerjasama strategik bersama agensi dan industri ke arah memperkukuh inovasi dan kecekapan perkhidmatan majlis.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















