Majlis Penyerahan Komponen Aeroangkasa oleh UMW Aerospace Sdn. Bhd. kepada Rolls-Royce

Majlis Penyerahan Komponen Aeroangkasa oleh UMW Aerospace Sdn. Bhd. kepada Rolls-Royce

SERENDAH, 23 Mac 2026 - DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan Majlis Penyerahan Komponen Aeroangkasa oleh UMW Aerospace Sdn. Bhd. kepada Rolls-Royce yang telah berlangsung dengan jayanya di Kilang Pembuatan UMW Aerospace, Bandar Industri Bernilai Tinggi, Serendah.

Majlis berprestij ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan industri aeroangkasa negara, khususnya dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara pemain utama dalam rantaian bekalan industri berteknologi tinggi di peringkat global.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, bersama barisan Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor serta YB Tuan Dr. Fahmi Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor. Hadir sama ialah YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, diiringi oleh TPr Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS.

Penyerahan komponen aeroangkasa ini mencerminkan keyakinan berterusan syarikat antarabangsa seperti Rolls-Royce terhadap keupayaan industri tempatan, khususnya UMW Aerospace Sdn. Bhd. dalam memenuhi piawaian pengeluaran bertaraf dunia.

Majlis ini juga secara tidak langsung memperkukuhkan peranan daerah Hulu Selangor dan Negeri Selangor sebagai lokasi strategik pelaburan industri berteknologi tinggi, serta menyokong aspirasi pembangunan ekonomi negeri yang mampan dan berdaya saing.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01245700