Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Selangor Bersama DYTM Raja Muda Selangor

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAERAH HULU SELANGOR BERSAMA DYTM RAJA MUDA SELANGOR

Hulu Selangor, 8 Mac 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim Daerah Hulu Selangor anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang berlangsung di Masjid Kampung Melayu Rasa.

Bagi Daerah Hulu Selangor, seramai 687 orang anak yatim telah menerima sumbangan dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM103,050. Daripada jumlah tersebut, 545 orang anak yatim hadir ke majlis pada hari ini bagi menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM81,750. Manakala 142 orang anak yatim yang tidak dapat hadir telah menerima sumbangan melalui pengkreditan terus ke akaun masing-masing dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,300.

Program ini bukan sahaja bertujuan memberikan bantuan kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri, malah turut menjadi platform untuk menghargai serta memberi motivasi kepada anak-anak yatim agar terus bersemangat dalam menempuh kehidupan dan berusaha mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

Turut hadir mewakili MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang dipertua bersama Encik Mohamad Ramdan bin Ibrahim, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01209819