Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1448H/2026M

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1448H/2026M

Shah Alam, 25 Ogos 2026 - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, telah menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1448H/2026M yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis yang bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”.
Majlis diserikan dengan ceramah khas oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi dari USIM serta penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1448H/2026M.
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Puan Hindon Abdullah atas pengiktirafan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Negeri Selangor.
Semoga sambutan ini terus menyemarakkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta menjadi inspirasi untuk menghayati akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
Salam Maulidur Rasul 1448H.


 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 11 September 2026, 04:06:01.
Total Visitors :
01362765