Sesi Kunjung Hormat JPJ Hulu Selangor ke MPHS

SESI KUNJUNG HORMAT JPJ HULU SELANGOR KE MPHS

8 Julai 2024 , Kuala Kubu Bharu : Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), YBrs. Pn. Julaihah Jamaludin telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Hulu Selangor, Tuan Azman Ibrahim bertempat di Ibu Pejabat MPHS, Kuala Kubu Bharu.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara dua agensi kerajaan dalam usaha menyelaras isu-isu berkaitan penguatkuasaan, keselamatan jalan raya, serta urus tadbir lalu lintas di kawasan pentadbiran Hulu Selangor.

MPHS amat mengalu-alukan kerjasama erat dengan jabatan dan agensi kerajaan dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat, sejajar dengan komitmen ke arah tadbir urus yang cekap, bersepadu dan mesra rakyat.

Turut hadir bersama En. Shaiful Rizza Hj. Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS; En. Muhammad Azrul Nizam Mohd. Azizi, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPHS ; dan Ketua Bahagian Pelesenan Memandu, En. Mohd Shaufi Mohd. Ramzam.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Wednesday 09 July 2025, 08:17:36.
Total Visitors :
01020903

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015