PENGAUDITAN PENGURUSAN PROGRAM INISIATIF MYKIOSK
Kuala Kubu Bharu, 29 Mei 2025 : MPHS telah menerima kunjungan rasmi daripada Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menjalankan Pengauditan Pengurusan Program Inisiatif MyKiosk di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, termasuk MPHS.
Mesyuarat Pembukaan Audit telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Amlie bin Ismail, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Turut hadir bersama Pengarah/Ketua Bahagian dan pegawai-pegawai MPHS.
Audit diketuai oleh Encik Zulfazley bin Jamil hadir bersama Puan Nur Zuraihah binti Tumiran dari UAD, KPKT.
Sesi pengauditan ini bermula dengan semakan dokumen di Ibu Pejabat MPHS diikuti lawatan fizikal ke lokasi penempatan kiosk seperti di lokasi berikut:
1. Taman Bahtera, Hulu Bernam
2. Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu
3. Taman Awam Seroja, Bukit Sentosa
4. Dataran Sentosa, Bukit Sentosa
5. Taman Awam Jejarum, Bukit Beruntung