Perhimpunan Bulanan MPHS Jun 2026

PERHIMPUNAN BULAN JUN 2026 MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

Kuala Kubu Bharu, 16 Jun 2026 – Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi bulan Jun 2026 telah dihoskan oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan bersama Bahagian COB MPHS di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu dengan tema Hari Bapa.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Dalam ucapan beliau, Yang Dipertua turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua warga kerja MPHS yang bergelar bapa serta menghargai jasa, pengorbanan dan peranan mereka dalam membentuk keluarga yang sejahtera di samping melaksanakan amanah sebagai penjawat awam. Beliau turut menyeru agar seluruh warga MPHS terus mengamalkan budaya kerja cemerlang, berintegriti dan sentiasa memberikan komitmen terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Tema ini dipilih sebagai penghargaan kepada golongan bapa yang memainkan peranan penting sebagai pemimpin keluarga serta penyumbang kepada pembangunan masyarakat dan organisasi.

Pada majlis yang sama, Yang Dipertua MPHS turut menyampaikan Insentif Atlet MPHS kepada empat (4) orang kakitangan MPHS yang telah menyertai acara Hulu Selangor Adventure Challenge dan Hulu Selangor Half Marathon 2026. Pemberian insentif tersebut merupakan penghargaan kepada kakitangan yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin serta komitmen yang tinggi dalam mengharumkan nama MPHS melalui penyertaan dalam aktiviti sukan.

Perhimpunan bulanan ini menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan, menghargai sumbangan warga kerja serta menggalakkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga MPHS selaras dengan aspirasi organisasi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Hulu Selangor.

#MalaysiaMadani

 #KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Tuesday 16 June 2026, 08:14:55.
Total Visitors :
01278162