Program Hari Warga Kerja KSDK MPHS 2025

HARI WARGA KERJA KSDK MPHS 2025

Port Dickson, 29–30 November 2025 — Program Hari Warga Kerja KSDK MPHS 2025 telah berlangsung selama 2 hari di Grand Lexis, Port Dickson dibawah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS. Seramai 250 penyertaan yang terdiri daripada pegawai serta kakitangan daripada pelbagai jabatan. Program ini menjadi platform untuk menghargai warga kerja, mengukuhkan hubungan silaturrahim serta meningkatkan semangat kebersamaan dalam organisasi.

Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang dirangka termasuklah sukan, aktiviti berkumpulan dan persembahan bagi mengeratkan silaturahim dan mewujudkan suasana kerja yang lebih positif.

Program ini turut memberi ruang kepada warga MPHS untuk berehat daripada rutin tugasan sambil memperkukuh jaringan hubungan sesama rakan sekerja.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan memperkasakan nilai kekitaan, meningkatkan motivasi, serta menyemai budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga MPHS.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 03 December 2025, 09:44:30.
Total Visitors :
01119935