Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor Peringkat MPHS

PROGRAM REWANG KOMUNITI STRATA NEGERI SELANGOR PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

Bukit Beruntung, 13 Disember 2025 – Gugusan pangsapuri di Taman Bunga Raya telah dipilih sebagai lokasi ketiga dan terakhir bagi siri jelajah Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor 2025 peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Borhan Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor pada 13 Disember 2025 bertempat di Tapak Pasar Awam Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Program anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama MPHS serta rakan-rakan strategik ini telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 13 dan 14 Disember 2025. Aktiviti utama program adalah rewang penyediaan makanan yang dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk komuniti strata setempat.

Penganjuran program ini bertujuan menjadi platform untuk menyatukan penghuni pangsapuri, mengeratkan hubungan kejiranan serta mewujudkan ruang komunikasi yang lebih berkesan dalam kalangan komuniti strata.

Selain aktiviti rewang, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian lain seperti pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, pameran agensi, Batik Fun Walk, sukan rakyat serta ziarah kasih. Program diakhiri dengan majlis kenduri makan malam yang menyajikan hidangan disediakan secara rewang oleh penduduk setempat.

Dalam majlis jamuan rakyat tersebut, turut diumumkan lima penerima bantuan baik pulih harta bersama pangsapuri di bawah DUN Batang Kali dengan kos keseluruhan berjumlah RM3.14 juta.

Hadir sama dalam majlis perasmian ialah YBhg. Dato’ TPr. Dr. Juhari Ahmad, Pengarah Eksekutif LPHS; YBrs. Tuan Yuhanas Auree Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor; YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS; Puan Dewi Dirwana Munasir, Setiausaha MPHS; Dr. Sathia Prakash Nadarajan, Penyelaras Parlimen; serta Puan Hayati Chat, Ahli Majlis MPHS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Monday 15 December 2025, 09:22:08.
Total Visitors :
01128795