Program Semarak Merdeka: MPHS Berjaya Kumpul 40kg Minyak Masak Terpakai di Dataran Warisan

PROGRAM SEMARAK MERDEKA: MPHS BERJAYA KUMPUL 40KG MINYAK MASAK TERPAKAI DI DATARAN WARISAN

KUALA KUBU BHARU, 30 Ogos 2025 – Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA, MPHS telah berjaya mengumpul sebanyak 40.00 kilogram minyak masak terpakai sempena Program Semarak Merdeka 2026 yang diadakan di Dataran Warisan Kuala Kubu Bharu.

Inisiatif pengumpulan ini bertujuan untuk mendidik masyarakat setempat mengenai pengurusan sisa yang betul serta mampan. Melalui program ini, minyak masak terpakai tidak lagi dibuang ke dalam singki atau parit yang boleh menyebabkan pencemaran sumber air dan penyumbatan sistem perparitan, sebaliknya dikumpul untuk dikitar semula menjadi produk bernilai seperti biodiesel.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menyokong pelaksanaan Dasar Ekonomi Kitaran Negara serta memperkukuh komitmen MPHS terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, dan SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim.

Sambutan daripada penduduk sekitar membuktikan peningkatan kesedaran komuniti Kuala Kubu Bharu terhadap pemeliharaan alam sekitar. Usaha ini bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, malah memperkasa budaya tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
 
 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 11 September 2026, 04:06:01.
Total Visitors :
01362765