KUALA KUBU BHARU, 12 Julai 2025 – Sebagai usaha memperkukuh imej Hulu Selangor sebagai hab sukan lasak bertaraf antarabangsa dan daerah eko-pelancongan, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan program aktiviti Whitewater Rafting bersama Yang Dipertua MPHS yang melibatkan penyertaan beberapa agensi kerajaan serta pihak media.
Program ini merupakan kerjasama strategik bersama pihak media RTM & Media Selangor bagi mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025 & Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
Program ini juga memberi pendedahan secara langsung kepada agensi-agensi kerajaan berkaitan terhadap potensi pelancongan sukan lasak di daerah ini, khususnya aktiviti whitewater rafting yang semakin mendapat sambutan.
MPHS juga dengan rasminya telah menggeluarkan Tujuh (7) lesen rasmi kepada operator White Water Rafting dan satu(1) operator Paragliding bagi sukan lasak daerah Hulu Selangor bagi tujuan membuka jalan ke arah pelancongan yang selamat dan mampan.
Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang hadir termasuklah:
- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor
. Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Pejabat Daerah Hulu Selangor
- Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
- Jabatan Perhutanan
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
- Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
MPHS komited untuk terus menyokong agenda pembangunan eko-pelancongan melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak, dan program ini merupakan antara inisiatif permulaan yang akan diteruskan secara berperingkat pada masa akan datang.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon