Sekitar Aksi Pembukaan Bola Sepak Wanita SUKMA Selangor 2026

SEKITAR AKSI PEMBUKAAN BOLA SEPAK WANITA SUKMA SELANGOR 2026!
Meriah! Lebih 1,300 pengunjung dan penonton membanjiri Stadium MPHS bagi menyaksikan aksi perlawanan pembukaan Peringkat Kumpulan B, Bola Sepak Wanita SUKMA Selangor 2026!
Dua perlawanan berlangsung penuh sengit dan mendebarkan:
- PERLAWANAN 1
Perak 1 vs 1 Pahang
Berlangsung jam 4.00 ptg

- PERLAWANAN 2
Penang 2 - 1 Melaka
Berlangsung jam 8.00 malam

Sorakan dan sokongan padu para penonton menghangatkan lagi suasana di Stadium MPHS! 
YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS dan Ybrs. Tuan Yuhanas Aure hadir menyaksikan perlawanan dan turut menyantuni para pemain serta tetamu kehormat yang hadir dari setiap pasukan. Turut hadir, Ahli Ahli Majlis MPHS, Ketua - Ketua Jabatan dan Agensi Daerah Hulu Selangor yang hadir bersama kakitangan dan wakil penduduk.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan gelanggang SUKMA di Hulu Selangor. 
Jumpa lagi pada hari Khamis untuk perlawanan seterusnya..
Teruskan sokongan! Ayuh gegarkan Stadium MPHS pada perlawanan akan datang! 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 14 August 2026, 03:47:53.
Total Visitors :
01340472