UPSI Lahirkan “Wira Kecil Penjaga Sungai” Pelajar SK Ampang Pecah di bawah Program Inisiatif Geran Khas Komuniti MAMPAN 4.0 (G-KoM4.0) MPHS

14 November 2025, Kuala Kubu Bharu - Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah (SKAP) telah berjaya menganjurkan Program Inisiatif Geran Khas Komuniti Mampan 4.0 (G-KoM 4.0) Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui kempen “Kami Sahabat Sungai 2.0 – Wira Kecil Penjaga Sungai”.

Program yang berlangsung di SK Ampang Pecah dan Alor Lempah ini dirasmikan oleh YBhg. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Hadir sama pada majlis tersebut YBrs. Puan Azlina binti Ahmad, Guru Besar SK Ampang Pecah, YBrs. Dr. Norhanizan binti Usaizan, Timb. Dekan Penyelidikan, Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI, YBrs. Dr. Sumayyah Aimi binti Mohd Najib, Wakil UNESCO Institut Pendidikan Tinggi, Ybrs. En. Zuma Hadi bin Mat Sahir, YDP PIBG SK Ampang Pecah serta Pegawai MPHS.

Seramai 320 peserta terlibat menyertai program ini yang diketuai oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Amirul bin Hussain merangkap Pengarah Program “Kami Sahabat Sungai 2.0: Wira Kecil Penjaga Sungai”. Program berfokuskan pendidikan dan kesedaran ekosistem sungai, melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah gimik perasmian pelepasan 2,500 benih ikan puyu ke dalam Sungai Alor Lempah sebagai simbolik pemuliharaan ekosistem Sungai. Selain itu, turut diadakan ceramah motivasi Cintai Sungai Kita serta aktiviti gotong royong pembersihan kawasan sungai dengan hasil kutipan sebanyak 30 kilogram sampah berjaya dikumpul.

Program ini turut menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG 13 (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat). MPHS amat menyokong pelaksanaan program seumpama ini dalam penerapan amalan kelestarian dari peringkat akar umbi, khususnya melalui pendidikan lapangan kepada “wira kecil” iaitu murid sekolah kepentingan menjaga sungai, ekosistem semula jadi dalam dalam usaha menangani isu perubahan iklim.

Melalui program ini, MPHS mengharap pengukuhan hubungan kolaboratif UPSI, pihak sekolah dan komuniti setempat dan diteruskan dan dikembangkan kepada semua pihak bagi menjadikan Hulu Selangor sebuah daerah yang lebih hijau, bersih dan berdaya tahan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Tuesday 18 November 2025, 04:52:40.
Total Visitors :
01108899