Pengiktirafan dan Anugerah

Bil Peringkat Pengiktirafan / Anugerah / Penganjur

1. 

Agensi

Pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2013.

Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

2.

Kebangsaan

Pengiktirafan 5 bintang (96.77%) bagi Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak bagi tahun 2022 menerusi penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT). PBT Terbaik Perbandaran (Kriteria Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk). Kedudukan PBT 15/153 (satu Malaysia).

Penganjur Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

3. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Jabatan Landskap telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) di bawah Living World and Nature bagi kategori First Local Authority to organise World Landscape Architecture Month.

Penganjur Malaysia Book of Records (MBOR)

4. Daerah

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Korporat telah menjadi Naib Johan Cabaran Bakul Pengguna Peringkat Daerah Hulu Selangor.

Penganjur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

5. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Korporat telah menjadi Finalis Cabaran Bakul Pengguna Peringkat Negeri Selangor.

Penganjur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

6. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima pengiktirafan 5 bintang (95.96%) bagi Kluster Pihak Berkuasa Tempatan menerusi penilaian Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tahun 2023.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 

7. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) menerima Green Achiever Awards 2023 setelah mencatatkan pencapaian peratusan tertinggi iaitu 42.6% dalam sasaran pemasangan lampu LED yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

8. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketakakuran dengan beberapa peluang penambahbaikan.

Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

9. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor berjaya mengekalkan Sijil Bersih (Sijil Tanpa Teguran) pengauditan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

Auditor Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor

10. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui penyertaan Kumpulan SyazYah dengan produk MPHSGO 2.0 berjaya menjadi Naib Johan 1 Sektor Awam (PBT) Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2023.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

11. Kebangsaan

Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah dicalonkan dalam senarai lima finalis bagi Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 bagi kategori Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik (Perbandaran).

Penganjur Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

12. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima Sijil Pengiktirafan bagi kategori “Completion of SDG Roadmap”.

Pengiktirafan ini diberikan melalui Inisiatif Majlis Perbandaran Hulu Selangor dalam menyediakan Laporan “Voluntary Local Review” (VLR) dan “SDGs City Roadmap”.

Penganjur Urbanice Malaysia, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

13. Kebangsaan

Perbandaran Hulu Selangor menerima Penghargaan Bandar Paling Mampan 2023 berdasarkan pengukuran tahap kemampanan program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) di dalam Malaysia Urban Planning Awards (MUPA) 2023 bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan. Pengiktirafan ini diberikan kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia bagi Tahun 2023.

Penganjur PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar Semenanjung Malaysia), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

14. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bandar Mampan Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kategori Perbandaran/Daerah bagi Anugerah Kemampanan Bandar 2023 Peringkat Negeri Selangor berdasarkan kepada pencapaian dalam Pelaksanaan Jaringan Penunjuk Bandar Mampan Bandar-Luar Bandar (MURNinets). Majlis ini diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023.

Penganjur PLANMalaysia Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Kerajaan Negeri Selangor

15. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Jabatan Perancang Bandar menerima Sijil Penyertaan Pempamer bagi penyertaan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor ke-8 ataupun 8th Selangor Smart City & Digital Economy Convention (SDEC) bersempena dengan Selangor International Business Summit (SIBS) 2023.

Penganjur Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 14 Jun 2024, 23:40:09.
Jumlah Pelawat :
00770702

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015