Fungsi Jabatan dan Bahagian

Fungsi Jabatan Khidmat Pengurusan

1. Bahagian Pentadbiran Am                                                                                  

  • Menguruskan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis.
  • Menguruskan bilik-bilik mesyuarat Majlis (tempahan, penyediaan, kemudahan dan keceriaan bilik.
  • Menguruskan tempahan kenderaan Majlis dan mengawal pemandu kenderaan.
  • Menguruskan penerimaan, pengedaran dan penghantaran surat-surat serta dokumen rasmi Majlis melalui pos, kourier dan serahan tangan.
  • Menguruskan permohonan masuk dan keluar kuarters Majlis untuk pegawai dan kakitangan
  • Mengurus hal ehwal pejabat - menetapkan dan memastikan pegawai hadir mesyuarat peringkat jabatan atau Negeri.
  • Pembersihan dalam ibu pejabat dan jabatan.
  • Mengurus dan menyimpan fail-fail am dan terperingkat Majlis.
  • Menyelaras jawapan bagi soalan Dewan Negeri.

 

2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia                                                             

  • Menguruskan pelantikan kakitangan dan kenaikan pangkat.
  • Menguruskan pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen dan persaraan kakitangan, pengurusan cuti, pinjaman dan elaun untuk kakitangan MPHS
  • Melaksanakan perubahan skim perkhidmatan dan semakan pelarasan gaji kakitangan serta kenaikan gaji tahunan.
  • Menguruskan kemudahan perubatan kepada pegawai dan kakitangan Majlis berdasarkan rawatan perubatan
  • Memastikan kakitangan MPHS mematuhi semua peraturan Majlis mengikut Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Hulu Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) 2023
  • Merekod dan mengemaskini buku kenyataan perkhidmatan, cuti, fail kakitangan serta fail sulit kakitangan
  • Mengurus pencalonan penganugerahan Pingat Kebesaran dan Anugerah Khidmat Cemerlang
  • Mengurus dan menyelia latihan kakitangan seperti kursus, bengkel, seminar serta peperiksaan pegawai dan kakitangan Majlis
  • Mengurus penyediaan Laporan Penilaian Prestasi semua kakitangan Majlis.
  • Mengurus dan memantau sistem HRMIS
  • Mengurus pelaporan rekod kehadiran kakitangan MPHS
  • Mengurus Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  • Mengurus permohonan dan penempatan pelajar praktikal di MPHS
  • Mengurus tuntutan bayaran balik rawatan pesakit luar dan insentif kad perubatan

 

3. Unit Aset dan Stor                                                        

  • Mengurus bekalan dan perolehan barang-barang yang diperlukan melalui permohonan Jabatan dan Bahagian
  • Mengurus semua tempahan stok alat tulis bagi semua jabatan Menjadi urusetia pengurusan aset Majlis iaitu Penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira
  • Menguruskan perolehan dan pengagihan pakaian seragam serta kasut serta aksesori kepada kakitangan Majlis.
  • Menguruskan pendaftaran penempatan pemeriksaan dan pelupusan aset tidak alih Majlis.

Fungsi Jabatan Perbendaharaan

Bahagian Hasil                                                      

  • Menguruskan hasil jabatan
  • Mentadbir & menyelenggara segala urusan dana endowment Mengawalselia sistem TLK (Tempat Letak Kereta)

 

Bahagian  Akaun                                                                          

  • Mentadbir Urus Jabatan Perbendaharaan
  • Menyediakan Anggaran Belanjawan jabatan
  • Menguruskan pembayaran Jabatan
  • Menyelenggara aset dan liabiliti jabatan
  • Menyelenggara Akaun amanah
  • Menyediakan Penyata Kewangan Jabatan

Fungsi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

1. Bahagian Penilaian

  • Merancang dan melaksanakan penilaian cukai taksiran ke atas pegangan berkadar
  • Mengadakan sesi Mesyuarat mendengar bantahan cukai taksiran
  • Melaksanakan Penilaian Semula dalam menyediakan Senarai Nilaian Baru ke atas semua pegangan setiap 5 tahun merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  • Melaksanakan dan mengesahkan laporan penilaian hartanah Caruman Membantu Kadar dihantar ke Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Malaysia
  • Menilai dan mengesahkan penilaian bagi Caj Pemajuan merujuk Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
  • Menetapkan dan memproses permohonan pindahmilik hartanah bagi tujuan cukai taksiran
  • Melaksanakan dan mengemaskini permohonan alamat pos pegangan hartanah bagi tujuan cukai taksiran
  • Menetapkan dan melaksanakan permohonan remisi diproses setiap penggal (6 bulan) sehingga tarikh tutup permohonan yang ditetapkan
  • Menetapkan dan memproses permohonan cukai taksiran bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Memperakukan dan memproses bagi permohonan pengesahan cukai taksiran
  • Mengesahkan dan memproses pelbagai surat permohonan seperti kebankrapan dan lain-lain surat berkenaan maklumat pegangan.
  • Mengesahkan carian maklumat harta / carian rasmi
  • Mengesahkan dan kemaskini maklumat harta berkadar
  • Menyediakan ulasan teknikal pelbagai jabatan / ulasan cukai taksiran untuk Mesyuarat OSC
  • Menyimpan dan mengemaskini data cukai taksiran
  • Menyelesaikan aduan berkaitan cukai taksiran

 

2. Bahagian Pengurusan Harta

  • Menguruskan sewaan premis milik majlis seperti dewan, gerai, kiosk dan pasar awam majlis kepada penyewa.
  • Memastikan premis sewaan milik majlis telah diselenggara dengan baik dan bersih.
  • Melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas penyewa yang tidak mematuhi peraturan dan syarat perjanjian sewaan
  • Mengenalpasti dan menentukan penyewa yang layak untuk menyewa premis sewaan milik majlis
  • Menganalisa dan menentukan kadar sewaan yang berpatutan bagi setiap premis sewaan milik majlis
  • Menjalankan sesi ‘townhall’
  • Menjalankan tindakan penguatkuasaan premis majlis
  • Menyelesaikan aduan berkaitan premis majlis

 

3. Unit Pelaburan

  • Mengenalpasti dan membuat pemilikan hartanah yang berpotensi tinggi bagi tujuan pelaburan jangka masa panjang
  • Menganalisa hartanah berpotensi untuk dibuat pelaburan sebagai pendapatan hasil alternatif jangka panjang.
  • Menguruskan aset pelaburan hartanah majlis seperti sewaan, pembangunan dan hasil dari pulangan pelaburan ini.

Fungsi Jabatan Kejuruteraan

  1. Unit Kejuruteraan dan Cerun
  • Mengurus dan menyelia permohonan Pelan Kerja Tanah, Jalan Parit dan Lampu jalan (Seksyen 70A Akta 133)
  • Mengurus dan menyelia ulasan permohonan pelan Kebenaran Merancang
  • Mengurus dan menyelia permohonan kerja di jalan (permit korekan)
  • Mengurus dan menyelia ulasan Jawatankuasa Sensitif Alam Sekitar (JKSAS)
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta 133 dan UUK Kerja Tanah
  • Menyelia isu berkaitan infrastruktur berkaitan pemajuan baru dan lama
  • Mengurus dan menyelaras data cerun berisiko di Daerah Hulu Selangor
  • Mengurus dan menyelaras kerja – kerja pembaikan berkaitan cerun di Daerah Hulu Selangor
  • Mengurus dan menyelaras aduan berkaitan pemajuan dan aktiviti berkaitan Akta 133 dan UUK Kerja Tanah

 

  1. Unit Pengurusan Penyelenggaraan Infrastruktur Jalan Dan Parit
  • Menyelaras Kerja Dan Pelaksanaan Proses Kerja Dan Pelaksanaan Projek Infrastruktur Penyelengaraan Jalan Dan Parit
  • Memeriksa kerosakan berdasarkan aduan yang diterima
  • Pengawasan Kerja – Kerja Penyelenggaraan Yang Dilaksanakan Oleh Kontraktor penyelengaraan Am
  • Menyelaras Kerja Dan Pelaksanaan Projek Kementerian dengan menyediakan Sebutharga dan mengawasi Projek
  • Menyelaras Kerja Dan Pelaksanaan Projek Kerajaan Negeri dengan Menyediakan Sebutharga dan mengawasi Projek

 

  1. Unit Pentadbiran Am dan Aduan Awam
  • Menyelaras dan memantau urusan pentadbiran dan aduan awam.

 

  1. Unit Pengurusan Kontrak Dan Projek Khas/ MARRIS
  • Merancang dan memantau pengurusan kontrak perolehan kerja dan perlaksanaan projek pembangunan di bawah peruntukan Majlis / Kerajaan Negeri & Kerajaan Persekutuan disiapkan mengikut jadual.

 

  1. Unit Pengurusan Selenggara Lampu Jalan, Pembaikan Bangunan Am Dan Mekanikal
  • Merancang dan memantau pengurusan selenggara lampu jalan
  • Mengurus Pembaikan Kerosakan Premis Bangunan MPHS
  • Pemeriksaan kerosakan berdasarkan aduan
  • Pengawasan Kerja – Kerja Penyelenggaraan Yang Dilaksanakan Oleh Kontraktor
  • Menyelaras Kerja Dan Pelaksanaan Projek Kementerian/ Negeri dan Jabatan dengan menyediakan Sebutharga dan mengawasi Projek
  • Menyelaras Kerja Dan Pelaksanaan aktiviti Unit Road Gang dan Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh unit road gang (jalan rosak, berlubang, papan tanda rosak dll)
  • Menyelaras Kerja Dan Pelaksanaan Aduan awam

Fungsi Jabatan Perancang Bandar 

1. Bahagian Kawalan Pembangunan

  • Mengurus dan menyelia permohonan Kebenaran Merancang (Seksyen 21 Akta 172)
  • Menyelaras dan menyelia permohonan nama taman/nama jalan dan alamat
  • Mengurus dan memberi ulasan teknikal bagi permohonan Pelan Bangunan (Seksyen 70 Akta 133)
  • Mengurus dan memberi ulasan teknikal bagi permohonan berkaitan tanah ke Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor
  • Mengurus dan memberi ulasan teknikal bagi permohonan Lesen ke Jabatan Perlesenan,MPHS
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta 172
  • Menyediakan dokumen berkaitan dan menghadiri prosiding Lembaga Rayuan Negeri Selangor
  • Melaksana program-program pemutihan.
  • Menjalankan aktiviti Pewartaan kawasan lapang dan tapak kemudahan awam milik MPHS
  • Menyelaras dan menyelia Sistem Aduan MPHS bagi Jabatan Perancang Bandar
  • Menyelaras aktiviti Pelaburan Daerah

 

2. Bahagian Pembangunan Mampan

  • Menyelaras dan menyelia Program Smart Mampan MPHS
  • Menyelaras dan menyelia Program Bandar Selamat MPHS
  • Menyelaras dan menyelia Sistem MurniNet Kebangsaan bagi MPHS
  • Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Smart Mampan MPHS Menyelaras dan menyelia Program Sustainable Development Goals (SDG) MPHS
  • Menyelaras dan menyelia Program Low Carbon City Framework (LCCF) MPHS
  • Menyelaras dan menyelia Program Bandar Pintar MPHS
  • Menyediakan Laporan Semakan Tempatan (VLR) MPHS
  • Menyelaras dan menyelia Smart Mobiliti Bandar.
  • Menyelia Bas Percuma Smart Selangor
  • Menjalankan mana-mana projek khas yang diarahkan MPHS
  • Urusetia kepada Industrial Park Management Committee (IPMC)

 

3. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

  • Menyelaras Rancangan Struktur Negeri (RSN)
  • Menyelaras dan menyediakan Rancangan Tempatan Daerah (RTD)
  • Menyelaras dan menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK)
  • Menyelaras dokumen Dasar Perbandaran Negara
  • Menyelaras dan menyelia dokumen Garis Panduan dan Piawaian Perancangan
  • Menyelaras dan menyelia mana-mana kajian / Inventori mengenai perancang Bandar MPHS
  • Menyelia dokumen kajian perancangan peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Menyelaras dan menyelia Sistem Eksekutif Maklumat MPHS (EIS MPHS)
  • Mengemaskini Sistem Maklumat Geografi (GIS)
  • Menjalankan mana-mana projek khas yang diarahkan MPHS
  • Membuat tinjauan serta mencerap foto dan video di lapangan menggunakan dron  

Fungsi Jabatan Landskap 

  1. Bahagian Pembangunan Landskap
  • Kawalan Pembangunan
  • Perancangan dan pengurusan projek landskap.
  • Merancang pembangunan Landskap
  • Menguatkuasakan Hulu Selangor Landscape Blueprint.
  • Reka Bentuk
  • Penyediaan rekabentuk dan dokumen untuk projek-projek baru landskap
  • Penyediaan Pelan Induk Landskap
  • Menyelaras dan memantau projek-projek pembinaan baru
  • Pengindahan dan Operasi
  • Menyelaras kerja-kerja pengindahan Jabatan Landskap
  • Pengurusan tapak semaian dan PPLI.
  • Mengurus logistik Jabatan melalui Unit Bravo

 

  1. Bahagian Penyelenggaraan Landskap
  • Pencahayaan dan Teknikal
  • Mengesahkan arahan kerja lampu hiasan
  • Memantau dan mengurus lampu hiasan, lampu solat, lampu mercu tanda dan “LED Billboard’.
  • Menyelenggara aset-aset Landskap yang memerlukan kepakaran khusus.
  • Pemantauan Tapak
  • Merancang dan mengurus Penyelenggaraan kawasan Landskap, Kemudahan Riadah, Kemudahan Sukan dan Taman-Taman Awam.
  • Memantau dan mengurus aduan Awam berkaitan.
  • Menyelia sistem E-visit, E-siteview dan sistem water
  • Pengurusan Pejabat dan Tuntutan
  • Menyelaras pembayaran dan tuntutan kontraktor atau pembekal.
  • Menyelaras pengurusan pejabat dan pemfailan. Pembangunan modal insan jabatan.
  • Pengurusan Sewaan
  • Mengeluarakan arahan penyelenggaraan pokok dan pokok tumbang kepada Unit Alfa.
  • Meluluskan permohonan Sewaan, bayaran cagaran dan peralatan.
  • Memantau pematuhan syarat penggunaan
  • Pengurusan Data dan Program
  • Menyelia program tahunan Jabatan Landskap.
  • Meluluskan permohonan program-program komuniti.
  • Merancang bagi pengurusan data-data inventori aset landskap Data Is King.
  • Pertanian Bandar
  • Mengurus kebun Komuniti Berpusat.
  • Mengurus Pusat Kompos Bukit Beruntung.
  • Semai anak pokok buah-buahan.

Fungsi Jabatan Pelesenan

  • Merancang dan memantau permohonan serta pengeluaran lesen dan permit bagi memastikan aktiviti perniagaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor berada dalam keadaan terkawal dan mematuhi syarat perniagaan.
  • Merancang dan mengawal semua aktiviti pelesenan bagi mencapai tahap pengurusan yang cekap dan berkualiti.
  1. Bahagian Tred & Perniagaan dan Industri
  • Menerima, memeriksa, memproses dan mengawal pengeluaran semua lesen perniagaan serta merta, tidak berisiko, berisiko lesen hiburan dan permit di kawasan pentadbiran Hulu Selangor.
  • Merangka, merancang, mengatur dan mengawal aktiviti-aktiviti pelesenan di kawasan pentadbiran Hulu Selangor
  • Memproses pembatalan/ kemaskini/ pemulangan cagaran lesen dan permit sementara.
  • Mengawal permohonan lesen samada diluluskan/ditolak Menerima, memeriksa, memproses dan mengawal pengeluaran semua lesen perniagaan serta merta, tidak berisiko, berisiko lesen hiburan dan permit di kawasan pentadbiran Hulu Selangor.
  • Merangka, merancang, mengatur dan mengawal aktiviti-aktiviti pelesenan di kawasan pentadbiran Hulu Selangor
  • Memproses pembatalan/ kemaskini/ pemulangan cagaran lesen dan permit sementara.
  • Mengawal permohonan lesen samada diluluskan/ditolak

 

  1. Bahagian Penjaja
  • Menerima, memeriksa, dan memproses Permohonan Lesen Dan Permit Penjaja Beredar, Sementara Dan Statik.
  • Mengurus dan mengawalselia penjaja dan tapak di bawah pentadbiran Hulu Selangor
  • Menentukan dan mengawal lokasi yang bersesuai untuk penjaja
  • Menyusun atur program-program yang bersesuai untuk peniaga penjaja
  • Mengawal data penjaja di kawasan Pentadbiran Hulu Selangor
  • Mengawal bilangan penjaja yang memohon lesen penjaja di Hulu Selangor

 

  1. Bahagian Pembangunan Usahawan & Promosi
  • Merancang, menguruskan promosi perniagaan dan program bersama peniaga dan penjaja yang bersesuai serta menjalinkan kolaborasi bersama pihak yang terlibat
  • Menyusun dan menguruskan berkaitan pemberian tapak bagi Bazar Ramadan
  • Menguruskan sistem yang bersesuaian berkaitan lesen.
  • Melaksankan program Pelancaran Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Bebas Beg Plastik
  • Merancang dan menguruskan inovasi dan promosi

 

  1. Bahagian Pentadbiran
  • Menguruskan penyelenggaraan rekod-rekod jabatan
  • Mengawalselia berkaitan fail-fail pentadbiran am dan pelesenan.
  • Menyusun dan merangka jadual kerja bagi kakitangan pelesenan
  • Mengatur dan menyelia urusan berkaitan kaunter (jadual, borang pelesenan, kemaskini di portal)
  • Menguruskan pentadbiran berkaitan Program Kualiti seperti SPB PBT, APPC, MS ISO9001:2013 dan APB QE-5S serta Sistem HRMIS.
  • Mengurus dan mengawalselia peralatan dan kelengkapan pejabat
  • Mengurus bajet Jabatan Pelesenan

Fungsi Jabatan Penguatkuasaan

  1. Bahagian Pentadbiran
  • Unit Pentadbiran
  • Menjalankan tugas - tugas pentadbiran am.
  • Bertanggungjawab mengendalikan semua tugas yang berkaitan.
  • Mengkaji struktur organisasi jabatan.
  • Menyelenggara rekod dan dokumen berkaitan proses kerja Bahagian Penguatkuasan seperti kedatangan, elaun kerja lebih masa (OT) cuti, dan tuntutan kewangan dan pengeluaran barang sitaan.
  • Merancang, melaksana dan memantau perbelanjaan yang diperuntukan kepada Jabatan.
  • Menguruskan hal ehwal bekalan seperti pembelian dan pengagihan bekalan mengikut peruntukan yang diluluskan seperti pakaian seragam anggota, kasut, aksesori dan lain-lain.
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau perjalanan harian jabatan dari aspek dokumentasi, aktiviti jabatan, tuntutan dan bajet jabatan dan perihal yang membabitkan keperluan anggota jabatan.
  • Mengurus dan menyelaras program kualiti dan risiko jabatan seperti Star Rating, APPC, MurniNets, jawatankuasa Arkib, ISO dan SDG.
  • Menyediakan jadual tugasan Jabatan bagi tugas pasar malam, pasar pagi , tugas kaunter, program Jabatan dan tugasan malam.
  • Menguruskan tuntutan barang tahanan / sitaan Jabatan
  • Unit Sistem dan CCTV
  • Mengurus dan menyelia keperluan tindakan berkaitan dengan CCTV Kerajaan Negeri.
  • Mengurus, menyelia, merekod dan mengawal pengunaan “Handheld” dan kamera badan bagi kegunaan harian anggota ronda.
  • Mengurus, menyelia dan mengawal Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) yang digunakan di jabatan Penguatkuasaan.
  • Mengkaji dan membuat penambaikan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) sedia ada berdasarkan keperluan kepada penguatkuasaan.
  • Unit Pendakwaan
  • Mengurus, menyelaras dan menyediakan kertas siasatan terhadap tindakan penguatkuasaan yang telah diambil.
  • Menyediakan notis peringatan ke atas kompaun tidak berbayar.
  • Menyelaras tindakan penguatkuasaan seperti penyelesaian kompaun tertunggak.
  • Unit Aduan
  • Mengurus, menyelia dan merekod aduan, notis dan tawaran kompaun.
  • Menerima dan mengemaskini aduan awam ke dalam sistem aduan.
  • Unit Logistik
  • Mengurus, menyelia, merekod dan mengawal penggunaan aset jabatan seperti alat perhubungan, kenderaan, bekalan pengoperasian dan lain-lain.
  • Memastikan aset jabatan sentiasa dalam keadaan baik.
  • Membuat penyelenggaraan aset secara berkala.
  • Unit Kejurulatihan dan displin
  • Melaksanakan bidang tugas kejurulatihan di jabatan
  • Memimpin, melatih, mendidik dan melaksanakan latihan yang berteraskan bidang tugas penguatkuasaan.
  • Mengawal selia displin anggota di jabatan.
  • Memimpin dan menguruskan program/aktiviti yang berkaitan seperti kawad kaki, perbarisan kemerdekaan, latihan kecergasan, dan tempur tanpa senjata.

 

  1. Bahagian Pengoperasian
  • Unit Rondaan
  • Menyelaras dan melaksanakan tindakan pemantauan dan pemeriksaan, pengeluaran Notis dan pengeluaran Kompaun, terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Akta / Enakmen/ Undang-Undang Kecil dan peraturan yang digunakai.
  • Merancang, menyelaras dan menjalankan rondaan dan pemantauan harian di kawasan yang telah ditetapkan mengikut jadual.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aduan awam yang diterima.
  • Menjalankan operasi bersepadu bersama jabatan dalaman dan agensi luar.
  • Menjalankan tugas kawalan lalulintas, parkir dan keselamatan dalam program/aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis.
  • Menyiasat, memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan segera terhadap aduan pencemaran alam sekitar seperti pembakaran terbuka dan pembuangan sampah haram.
  • Mengurus, menyelia dan mengendalikan dron ketika operasi mengikut arahan yang diberikan.
  • Unit Depoh
  • Menyemak dan memastikan setiap barang-barang sitaan yang dibawa masuk ke dalam depoh tahanan, mempunyai jenis dan jumlah / kuantiti yang sama, seperti yang tercatat dalam borang inventori barang sitaan yang diterima daripada Pegawai Operasi / Ketua Serbuan / mana-mana anggota yang diberi tugas melaksanakan operasi.
  • Mengurus, menyelia dan merekodkan segala bentuk / jenis barang yang di sita melalui tindakan penguatkuasaan (termasuklah kenderaan) yang di simpan di depoh tahanan ke dalam fail jabatan.
  • Memastikan setiap proses tuntutan, pelepasan dan pelupusan barang sitaan dicatatkan ke dalam fail jabatan yang berkaitan untuk rujukan / pemantauan.
  • Menyediakan kertas kerja melupuskan barang-barang yang telah tamat tempoh tahanan / tidak di tuntut oleh mana-mana pihak; sebaik sahaja tempoh tahanan tamat, untuk di bawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan MPHS bagi proses pelupusan.
  • Memastikan kawalan keselamatan di depoh jabatan dalam keadaan terkawal;pada setiap masa.
  • Menguruskan segala perkara berkaitan dengan penambahbaikan / penyelenggaraan kawasan depoh tahanan jabatan.
  • Unit Halangan
  • Menjalankan tindakan penguatkuasaan menurunkan iklan yang tidak mempunyai permit.
  • Menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan kaki lima premis perniagaan.
  • Menyiasat, memantau, dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan kenderaan berat.
  • Menyiasat, memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan di taman rekreasi.
  • Unit Malam
  • Menjalankan rondaan pemantauan, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan di kawasan yang ditetapkan pada waktu malam.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aduan awam pada waktu malam.
  • Menerima dan memberi maklumbalas awal terhadap aduan awam melalui telefon bimbit @ hotline yang disediakan oleh jabatan.

 

  1. Bahagian Trafik
  • Unit Tempat Letak Kenderaan
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan Notis dan kompaun terhadap kesalahan di kawasan tempat letak kenderaan.
  • Melaksanakan rondaan dan pemantauan tempat letak kenderaan secara berjadual.
  • Menerima, menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aduan tempat letak kenderaan.
  • Menjalankan tugas kawalan lalulintas semasa program/aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis
  • Melaksanakan tugas-tugas warden trafik.
  • Unit Pengiring
  • Menjalankan tugas mengiring kenderaan tetamu VVIP / VIP dalam program yang dianjurkan oleh Majlis.
  • Menjalankan tugas mengiring keselamatan semasa program kepada tetamu VVIP / VIP / YDP.

                             

 

Fungsi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam 

  1. Bahagian Inspektorat

Bahagian Inspektorat adalah bahagian yang melaksanakan tugasan penggredan premis makanan, penggredan tandas, penggredan pasar, pemeriksaan alam sekitar dan kawalan kacau ganggu di daerah Hulu Selangor. 

                                                              

  1. Bahagian Perkhidmatan Perbandaran
  • Mengurus, mengawalselia, merancang dan memantau kerja-kerja berkaitan pembersihan perbandaran (pengurusan sisa pepejal), pembersihan perbandaran dan kebersihan awam (Pembersihan Awam) dan (kerja-kerja segera pembersihan awam).
  • Mengurus, mengawalselia dan memantau aduan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
  • Merangka dan mengurus operasi kerja harian bagi memastikan kerja pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan Kesihatan awam dijalankan dengan baik dan teratur.
  • Pelaksanaan pembersihan sampah haram
  • Sewaan tong roro
  • Permit pelupusan sampah TPS
  • Merangka ulasan bagi syarat Pembangunan baru berkaitan perkhidmatan pembersihan awam serta kutipan sisa pepejal.

 

  1. Bahagian Kesejahteraan dan Kelestarian Komuniti
  •  Meningkat kesejahteraan awam:

         Untuk mengurangkan kejadian penyakit yang dibawa oleh serangga dan memastikan  keselamatan awam dengan mengurus dan mengawal populasi Binatang yang berpotensi berbahaya.

  • Menggalakkan kelestarian alam sekitar:

        Untuk mengembangkan dan melaksanakan inisiatif yang menggalakkan amalan Lestari dalam komuniti dengan focus kepada pengurusan sisa dan promosi amalan hijau.

  • Meningkatkan Kualtiti Hidup Melalui Kemudahan Awam:

        Untuk memastikan tandas awam dan kemudahan lain yang bersih, selamat dan mudah diakses, menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih tinggi untuk semua anggota komuniti .

  • Meningkat penglibatan komuniti:

        Memastikan satu sistem responsif dan cekap untuk mengurus dan menangani aduan komuniti berkaitan isu kesejahteraan dan kelestarian dalam usaha membina keyakinan komuniti terhadap                    MPHS.

  • Mengamalkan peningkatan berterusan:

       Untuk secara berterusan menilai dan memperbaiki strategi dan inisiatif jabatan berdasarkan maklumbalas komuniti dan amalan krelestarian yang berkembang.

Fungsi Jabatan Bangunan

  1. Bahagian Pentadbiran
  • Mengurus dan menyelia permohonan cuti kakitangan jabatan
  • Menyelaras dan menyelia daftar surat menyurat
  • Menyelaras dan menyelia pengemaskinian fail
  • Mengurus dan menyelia proses ISO, MyPerfomance dan SKT jabatan
  • Menyediakan surat-surat berkaitan jabatan

 

  1. Bahagian Projek dan Rekabentuk
  • Menyediakan pelan rekabentuk projek Majlis
  • Memantau dan menyelia projek Majlis yang direkabentuk oleh jabatan
  • Menyediakan ‘Term of Reference’ (TOR) bagi setiap projek
  • Menyemak permohonan Buku Panduan dan Pelan Setara di kaunter
  • Menandatangani kelulusan Buku Panduan dan Pelan Setara

                                                                                          

  1. Bahagian Proses
  • Menyemak dan memproes permohonan pelan bangunan melalui Bahagian OSC
  • Menyemak dan memproses permohonan tambahan dan ubahsuai serta rumah sesebuah baru
  • Menyemak permohonan Buku Panduan dan Pelan Setara di kaunter
  • Memproses permohonan lawatan tapak CCC
  • Menyemak dan memproses permohonan permit bangunan sementara tapak bina
  • Menyemak dan memproses permohonan permit bangunan khas
  • Menyemak dan memproses permohonan papan iklan luar (billboard)
  • Menyemak dan memproses permohonan struktur telekomunikasi
  • Memproses permohonan lawatan tapak Borang B
  • Menandatangani kelulusan Buku Panduan dan Pelan Setara

 

  1. Bahagian Penguatkuasaan
  • Menyelaras pemantauan dan penguatkuasaan pembangunan bagi pengeluaran notis dan kompaun selaras dengan undang-undang yang digunapakai di Majlis.
  • Memproses penerimaan aduan
  • Membantu memproses ulasan lesen
  • Membantu memproses permohonan wang cagaran pelan bangunan dan WTD
  • Membantu menyediakan kertas siasatan
  • Membantu tugasan operasi di tapak
  • Menyemak permohonan Buku Panduan dan Pelan Setara di kaunter
  • Menandatangani kelulusan Buku Panduan dan Pelan Setara

Fungsi Jabatan Pembangunan Masyarakat 

  1. Bahagian Kemasyarakatan dan Kebudayaan
  • Menganjur Program atau Aktiviti Kemasyarakatan dan kebudayaan di dalam Daerah Hulu Selangor
  • Menganjur program pembangunan modal insan, bimbingan dan keilmuan kepada masyarakat setempat
  • Menguruskan peruntukan dan tuntutan program Ahli Majlis.
  • Urusetia Focus Group Discussion bagi Kemiskinan bandar
  • Ahli Jawatankuasa Pemilihan Dan Kelulusan (JPK) Program SejaTi Madani Negeri Selangor

 

  1. Bahagian Belia
  • Melaksanakan program – program kemahiran, keusahawanan untuk golongan belia dalam daerah Hulu Selangor

 

  1. Bahagian Pelancongan
  • Merangka Program atau Aktiviti Pelancongan di dalam Daerah Hulu Selangor.
  • Mempromosikan Produk Pelancongan daerah Hulu Selangor
  • Menjadi Pusat Informasi Pelancongan Daerah
  • Merangka dan mengurus projek – projek Pembangunan infrastruktur pelancongan
  • Mengurus permohonan peruntukkan program dan projek pelancongan
  • Penyelaras P3S (Program Pemurnian Pelancongan Selangor)
  • Penyelaras RSPD (Rakan Strategik Pelancongan Daerah)
  • Mengurus mural pelancongan di daerah Hulu Selangor

 

  1. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
  • Mengurus hal ehwal kualiti jabatan (ISO/ piagam pelanggan/ objektif kualiti/ SKT/ My Portfolio/ 5S/ keselamatan pejabat/ APPC/ Star Rating/ pelan risiko)
  • Mengurus hal ehwal kakitangan
  • Mengurus tuntutan kewangan program/ kakitangan
  • Mengurus belanjawan jabatan
  • Mengurus hal ehwal pentadbiran am
  • Pengurusan aset jabatan

 

  1. Bahagian Sukan
  • Mentadbir urus Majlis Sukan Daerah (MSD) Hulu Selangor
  • Melaksanakan program – program pembangunan sukan di peringkat daerah
  • Membantu Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dalam Sukan Malaysia (SUKMA)

Fungsi Bahagian Perolehan 

1. Pembelian Terus                                                                                                                            

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan Perolehan Pembelian Terus
  • Meneliti , menyemak dan mengesahkan permohonan Pesanan Tempatan (P/O).
  • Memproses Permohonan Pesanan Tempatan
  • Memproses invoising bagi pesanan tempatan yang telah diperakui perkhidmatan/ bekalan.

 

2. Penilaian Perunding                                                                                      

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan lantikan perunding.
  • Menyemak Terma Rujukan bagi setiap Cadangan perlantikan Perunding
  • Menyediakan Laporan Penilaian Perunding
  • Mengurusetia Mesyuarat Penilaian Perunding

 

3. Projek-Projek Khas                                                                                                 

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan perolehan bagi projek-projek yang dikeluarkan.
  • Menyediakan Senarai Kuantiti Bagi projek-projek khas.
  • Memantau & memastikan pembayaran kepada kontraktor adalah berdasarkan pelaksanaan kerja ditapak

 

4. Pengurusan Tender dan Sebut Harga                                                                                   

  • Mengurus Penjualan Sebutharga dan Tender.
  • Mengurusetia Jawatakuasa Pembuka Sebutharga dan Tender.
  • Mengurusetia Jawatakuasa Penilaian Sebutharga dan Tender.
  • Mengurusetia Mesyuarat Sebut Harga dan Tender bagi pelantikan kontraktor
  • Menyediakan Surat Setuju Terima & Surat Tawaran kepada penender berjaya

Fungsi Bahagian Pusat Setempat (OSC)

  • Menyelaras dan memproses permohonan secara serentak atau berasingan bagi Pelan Kebenaran Merancang, Pelan Perihal Tanah, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan Dan Parit, Pelan Lampu Jalan, Pelan Bangunan, Pelan Sanitari, Pelan Struktur, Pelan Nama Taman / Nama Jalan dan Alamat.
  • Menjadi Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa OSC Perancangan Pembangunan.
  • Memproses dan mengedarkan Notifikasi Borang B Mula Kerja sehingga Pendepositan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
  • Menyelaras pengemaskinian Portal OSC dan Sistem OSC.
  • Menyediakan pelaporan berkala kepada PBT, Kerajaan Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT
  • Mentadbir Hal Ehwal Pengurusan Pentadbiran Jabatan.

Fungsi Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) 

  1. Unit Teknikal
  • Menetapkan skim pemajuan berstrata diurus dan ditadbir mengikut peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015.
  • Menjalankan penguatkuasaa pendakwaan dan pengkompaunan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, Peraturan. Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015, dan Peraturan Pengurusan Strata (Pengkompaunan Kesalaha) 2019
  • Mengeluarkan perakuan (Sijil) penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB).
  • Memberi khidmat nasihat serta panduan dan taklimat kepada JMB dan Perbadanan Pengurusan (MC) berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013, Peraturan. Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015, dan Peraturan Pengurusan Strata (Pengkompaunan Kesalahan) 2019.
  • Bekerjasama dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Lembaga Perumahan hartanah Selangor (LPHS) dan agensi lain yang berkaitan.
  • Menyemak dan memberi ulasan berkenaan permohonan terhadap perkara berkaitan permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pemfailan jadual petak dan unit syer bagi kawasan pemajuan berstrata
  • Merangka proses pendakwaan dan penguatkuasaan mengikut peruntukan Akta 757 dan Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan)
  • Menerima pemfailan dokumen yang berkaitan daripada JMB, MC dan Ejen Pengurusan di semua kawasan pemajuan strata.
  • Menganalisis aduan dan masalah yang berkaitan dengan Kumpulan Wang Penyenggaraan bangunan, pentadbiran pengurusan dan penyenggaraan kerosakan.
  • Merancang mesyuarat khas bagi membincangkan isu penyenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata

                                                                                         

  1. Unit Pentadbiran
  • Mentadbir dan memperakukan rekod keluar masuk surat/ memo dan dokumen rasmi.
  • Mentadbir urusan pentadbiran am peringkat Bahagian
  • Menetapkan urusan fail dan rekod peringkat bahagian
  • Merancang dan menguruskan bengkel/ kursus/ taklimat berkaitan dengan isu penyenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata
  • Menguruskan aduan awam berkaitan dengan kawasan pemajuan berstrata

Fungsi Bahagian Teknologi Maklumat  

  1. Pengurusan Perisian Dan Pembangunan Aplikasi
  • Merekabentuk, membangunkan, menguji dan menggunapakai sistem aplikasi (secara outsource).
  • Merekabentuk, membangunkan, menguji dan menggunapakai sistem aplikasi (secara in-house).
  • Perolehan dan pemasangan perisian
  • Menguruskan penyelenggaraan aplikasi / perisian komputer Mengurus dan mengemaskini dokumentasi sistem aplikasi Memantau pengendalian aduan perisian dan sistem aplikasi
  • Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan data / maklumat bagi menjamin integriti data

 

  1. Pengurusan Perkakasan, Rangkaian Dan Keselamatan
  • Menggubal dan memantau polisi dan dasar keselamatan ICT
  • Merancang keperluan pelaksanaan dan peningkatan sistem keselamatan ICT serta menyelaras dan memantau semua aspek keselamatan ICT (perkakasan/perisian).
  • Mengurus pelan pemulihan bencana dan kesinambungan perkhidmatan ICT (DRC, backup dan data replication).
  • Memantau dan menguruskan prosedur sokongan data / maklumat serta pangkalan data dan storan.
  • Menguruskan perolehan dan pemasangan perkakasan
  • Menguruskan penyelenggaraan perkakasan komputer
  • Mentadbir dan mengurus mel elektronik.
  • Memantau pengurusan stok ink toner dan peralatan ICT
  • Memantau pengendalian aduan perkakasan / peralatan ICT

 

  1. Web dan Kualiti Strategik
  • Mengurus dan menyelaras portal/laman web rasmi.
  • Mengemaskini dan memantau perkhidmatan atas talian (online services)
  • Memantau pelaksanaan pelan latihan ICT untuk kakitangan dan komuniti.
  • Merangka pelan dan melaksanakan program berasaskan CSR untuk komuniti.
  • Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat.
  • Mengurus perkhidmatan grafik dan multimedia
  • Menyedia, meminda dan menyelaras pindaan dokumen-dokumen ICT.
  • Memantau proses dokumen sebut harga / tender ICT

 

  1. Pentadbiran Dan Kewangan
  • Merancang, menyelaras dan memantau pentadbiran dan kewangan bagi kemudahan unit menjalankan fungsi ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
  • Menyelaras dan mengesahkan pengurusan pentadbiran pejabat bagi membolehkan jabatan menjalankan fungsi yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

Fungsi Bahagian Korporat

  1. Pengurusan Korporat
  • Menyediakan langkah-langkah pengurusan kualiti menyeluruh melalui program rekayasa, inovasi, persekitaran berkualiti QES, KIK, penandaarasan. 
  • Merangka dan menyediakan Pelan Strategik Jabatan
  • Menyelaraskan pematuhan pelan tindakan kualiti jabatan melelui program Pelan Strategik, Sasaran Kerja Tahunan dan MS ISO 9001:2015   
  • Menyelaras dan memantau Pelaksanaan Pelan Tindakan Pengurusan Risiko bagi merawat risiko yang telah dikenalpasti.
  • Mengesahkan penyediaan dokumentasi bahan maklumat  bagi memastikan  dasar, peranan, program dan aktiviti dapat dihebahkan kepada pelanggan.
  • Menyemak dan menyediakan teks ucapan.
  • Merangka, memantau dan menyelaras persiapan serta pelaksanaan program rasmi peringkat Negeri Selangor dan Daerah khususnya dari segi protokol dan publisiti program.
  • Memastikan majlis - majlis rasmi yang dihadiri oleh Ketua Jabatan mengikut amalan rasmi protokol serta berjalan dengan teratur dan sempurna.
  • Merancang dan memberi khidmat rundingan, mesyuarat penyelarasan serta bengkel/latihan kualiti kepada jabatan/bahagian.
  • Merancang dan melaksanakan penilaian prestasi terhadap keberkesanan penyampaian perkhidmatan perbandaran.      
  • Menguruskan dan menyelaras dokumentasi bahan maklumat bagi dasar, peranan, program dan aktiviti Majlis bagi rujukan pelanggan dan mendokumentasi teks ucapan YDP bagi program rasmi dan rujukan media
  • Menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan kualiti dan inovasi.
  • Memastikan penjenamaan dan identiti korporat Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang digunapakai adalah mengikut protokol dan spesifikasi manual korporat yang telah digariskan.
  • Menyediakan laporan berkaitan MPHS kepada pihak kerajaan negeri, kementerian dan lain-lain yang berkaitan  
  • Menguruskan permohonan sewaan led billbord

 

  1. Perhubungan Awam
  • Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima melalui saluran yang disediakan
  • Merancang dan melaksanakan strategi penyampaian perkhidmatan dan pengendalian pelanggan.
  • Merancang dan melaksanakan pelan pengurusan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan dan program kepada pelanggan melalui media cetak, elektronik dan media sosial
  • Merancang dan melaksanakan program-program jalinan hubungan dan kerjasama dengan agensi media / NGO / peniaga dan pihak-pihak berpengaruh
  • Meningkatkan penglibatan dua hala di antara MPHS dengan orang awam serta memberikan persepsi yang baik kepada masyarakat, pihak swasta dan NGO                                               
  • Merangka pengisian program Hari Bertemu Pelanggan
  • Menyelenggara sistem komunikasi dalaman bagi memastikan perkhidmatan berada di dalam keadaan baik. 
  • Mengendalikan aduan awam dan perkhidmatan pelanggan.
  • Menguruskan bahan penerbitan dan dokumentasi.
  • Melaksanakan komunikasi bersemuka media cetak dan komunikasi visual untuk memberi penerangan kepada masyarakat berinformasi serta meningkatkan imej MPHS.
  • Menjalankan kerja-kerja promosi dan seranta.          

Fungsi Bahagian Perundangan  

  1. Unit Pentadbiran Am  
  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran Am.
  • Menguruskan proses tuntutan insurans.
  • Menguruskan proses penyampaian notis dan saman bagi kes-kes pendakwaan.

 

  1. Pengurusan Kompaun Am dan Tempat Letak Kereta (TLK)                                                                                                   
  • Menguruskan rayuan pengurangan dan pembatalan kompaun.
  • Membuka fail individu bagi kertas siasatan untuk kes-kes kompaun yang dirujuk Jabatan

 

  1. Unit Pendakwaan
  • Menyediakan dokumen berkaitan untuk prosedur tindakan pendakwaan.
  • Mendapat kebenaran atau izin dakwa daripada TPR.
  • Mendaftar kes ke Mahkamah.               
  • Menjalankan proses pendakwaan di Mahkamah. 

 

  1. Unit Sivil                                                         
  • Menyelaras dan menguruskan tuntutan sivil terhadap Majlis.
  • Membincangkan kes-kes tuntutan sivil dengan Jabatan/Bahagian MPHS, Agensi dan pihak berkaitan termasuk panel peguam.                                              
  • Menguruskan tuntutan sivil terhadap kes tunggakan sewa dan cukai taksiran.

 

  1. Unit Pentadbiran Kontrak
  • Menggubal / meminda Undang-Undang Kecil.
  • Menyediakan dokumen perjanjian yang melibatkan kontraktor/pembekal/  penyewaan premis.
  • Menyemak dokumen-dokumen perjanjian yang melibatkan  Majlis.
  • Memberi nasihat berkaitan hal ehwal perundangan.
  • Mengendalikan urusan penyempurnaan kontrak dan perjanjian daripada Jabatan / Bahagian berkaitan.
  • Menguruskan dokumen perjanjian dan kontrak bagi duti setem / pengecualian dan penyeteman di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Fungsi Bahagian Audit Dalam

   

  1. Seksyen Audit Perolehan
  • Merancang dan melaksanakan Audit Perolehan.
  • Pengauditan Melibatkan Perolehan yang di laksanakan oleh Jabatan Dan Bahagian
  • Penyediaan Laporan Penemuan yang melibatkan pelaksanaan Perolehan yang di lakukan
  • Membentangkan Penemuan Audit Perolehan yang yang di lakukan oleh Jabatan dan Bahagian kepada Pengurusan Tertinggi
  • Menjalankan Audit Susulan Penemuan yang melibatkan pelaksanaan Perolehan yang di lakukan
  • Merekodkan semua perkara berkaiatan pengauditan didalam Sistem Audit dan Fail Audit                                                                                                 

 

  1. Seksyen Audit Pematuhan
  • Merancang dan melaksanakan Audit Pematuhan.
  • Pengauditan Melibatkan Pematuhan peraturan kepada perkara yang berkaitan aset dan kenderaan
  • Penyediaan Laporan Penemuan yang melibatkan Pematuhan Peraturan berkaitan Aset dan Kenderaan
  • Membentangkan Penemuan Audit Pengurusan Aset dan Kenderaan di Jabatan dan Bahagian kepada Pengurusan Tertinggi
  • Menjalankan Audit Susulan Penemuan yang melibatkan Pematuhan Peraturan berkaitan Aset dan Kenderaan
  • Merekodkan semua perkara berkaiatan pengauditan didalam Sistem Audit dan Fail Audit    

 

  1. Seksyen Audit Projek
  • Merancang dan melaksanakan Audit Projek
  • Pengauditan Melibatkan Projek yang di laksanakan oleh Jabatan Dan Bahagian
  • Penyediaan Laporan Penemuan yang melibatkan pelaksanaan Projek yang di lakukan
  • Membentangkan Penemuan Audit Projek yang di lakukan oleh Jabatan dan Bahagian kepada Pengurusan Tertinggi
  • Menjalankan Audit Susulan Penemuan yang melibatkan pelaksanaan Projek yang di lakukan
  • Merekodkan semua perkara berkaiatan pengauditan didalam Sistem Audit dan Fail Audit                                                                                      
  1. Seksyen Audit Pentadbiran
  • Merancang dan melaksanakan Audit Pentadbiran.
  • Pengauditan Melibatkan Urusan Pelaksanaan SOP kerja yang di laksanakan oleh Jabatan Dan Bahagian
  • Penyediaan Laporan Penemuan yang melibatkan pelaksanaan SOP kerja yang di lakukan
  • Membentangkan Penemuan Audit Pengurusan Petadbiran Perolehan yang di lakukan oleh Jabatan dan Bahagian kepada Pengurusan Tertinggi
  • Menjalankan Audit Susulan Penemuan yang melibatkan pelaksanaan SOP kerja yang di lakukan
  • Merekodkan semua perkara berkaitan pengauditan didalam Sistem Audit dan Fail Audit

Fungsi Unit Integriti

 

   1. Tatakelola/Siasatan                                        

  • Tadbir Urus – Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  • Pengesanan dan Pengesahan
    - Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika              organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
    - Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  • Tatatertib – Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

 

2. Program / Pemeriksaan                             

  • Pengukuhan Integriti – Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
  • Pematuhan – memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Pengurusan Aduan –Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 03 Disember 2024, 00:44:50.
Jumlah Pelawat :
00880827

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015