Sekitar Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Kediaman Strata @ Comprehensive Strata Management And Residential Training (C-SMART)

Sekitar Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Kediaman Strata @ Comprehensive Strata Management And Residential Training (C-SMART) yang diadakan secara serentak pada 25 – 27 November 2022
1. Anjuran COB Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) – Dorsett Hotel, Putrajaya
2. Anjuran COB Majlis Perbandaran
Kuala Langat – Hotel Seri Malaysia, Sepang
3. Anjuran COB Majlis Perbandaran Klang (MPK) – Ancasa Residences, Port Dickson
4. Anjuran COB Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) – Trove Hotel, Johor Baharu
Bengkel yang diadakan ini merupakan inisiatif daripada Jawatankuasa Perumahan, Kesejahteraan Bandar Dan Pembangunan Usahawan (STANDCO) melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan ( MC ) di seluruh pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor.
Kursus yang diadakan ini memfokuskan kepada sistem pentadbiran dalam pengurusan JMB,
MC dan Ejen Pengurusan ke arah yang lebih baik dan berdaya maju. Kursus ini juga memberi pendedahan dan pengetahuan dengan lebih jelas melalui perkongsian pengalaman antara peserta dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Kursus ini juga memberi peluang untuk badan pengurusan berkongsi idea dan pandangan sesama mereka untuk menjadi lebih cekap dan profesional. Sepanjang kursus @ seminar ini, penceramah-penceramah dari pelbagai agensi dijemput untuk memberi taklimat berkaitan pengurusan kewangan dan penyelenggaran pangsapuri di bawah Akta 757.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00750511

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015