Kajian Bridging Heritage to People Mempromosi Bandar Warisan Kuala Kubu Bharu

Kajian “Bridging Heritage to People” Mempromosi Bandar Warisan Kuala Kubu Bharu

22 Disember 2024, Kuala Kubu Bharu – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah bekerjasama dengan pelajar daripada Universiti Taylor’s dalam sesi pembentangan cadangan rejuvenasi bandar warisan Kuala Kubu Bharu (KKB) bertempat di Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu.

Kajian ini adalah sebahagian daripada projek Impact Lab: Liveable Urban Communities, yang diterajui oleh pelajar-pelajar daripada program Sarjana Muda Sains Senibina (Bachelor of Science in Architecture) di bawah modul Architectural Conservation & Tourism bagi sesi September 2024.

Turut hadir, Puan Junainah Abdullah, Pengarah Bahagian Korporat MPHS, Dr. Siti Norzaini Zainal Abidin, Pengarah Impact Lab Universiti Taylor’s dan En. Mohd Ridzuan Idris, Presiden Persatuan Sejarah KKB.

Para panel penilai jemputan terdiri daripada ahli akademik, arkitek, jururancang bandar, dan pemandu pelancong serta beberapa Individu daripada komuniti tempatan

Sebanyak tiga kumpulan pelajar tahun dua dan tiga telah menjalankan kajian lapangan pada 9 hingga 11 November 2024. Antara elemen yang diketengahkan adalah Penyediaan heritage trail dan juga Reka bentuk brochure dan cenderahati yang mempromosikan elemen warisan ketara dan tidak ketara bandar KKB.

Cadangan projek ini bertujuan untuk menonjolkan potensi pekan KKB sebagai sebuah destinasi pelancongan warisan yang mampan.

Pameran akan berlangsung di perkarangan Perpustakaan Syed Mashor, bermula pada 23 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025, terbuka kepada orang awam.

Puan Junainah merakamkan penghargaan kepada Universiti Taylor’s serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau menyatakan bahawa projek seperti ini sejajar dengan misi MPHS untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030, khususnya SDG11: Bandar dan Komuniti Mampan.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Universiti Taylor’s atas dedikasi dan kreativiti mereka!

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#HuluSelangorBandarPalingMampan

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#BandarWarisanKualaKubuBharu

#HuluSelangorMampan

#KKBBridgingHeritageToPeople

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Januari 2025, 04:17:55.
Jumlah Pelawat :
00905047

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015