Pada 3 Januari 2025, bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) & Unit Integriti Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi Januari 2025 bertemakan Sambutan Tahun Baru.
Majlis dimulakan dengan hadirin menyertai sesi Perhimpunan Bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara atas talian. Perhimpunan ini juga dihadiri oleh YBrs. Puan Julaihah Binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS dan YBrs. Tuan Awaluddin Bin Zakaria, Setiausaha MPHS.
Diteruskan dengan sesi perhimpunan bulanan MPHS, Puan Yang Dipertua turut menyampaikan amanat kepada kakitangan MPHS dengan menyeru kepada warga kerja untuk meningkatkan prestasi dan taraf perkhidmatan kepada penduduk di Daerah Hulu Selangor, selaras dengan matlamat SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi yang Kuat, yang menekankan pentingnya integriti, ketelusan, dan tanggungjawab dalam pentadbiran.
Majlis diteruskan dengan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah dirasmikan oleh Dato’ Hj Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor. Program ini juga diselitkan dengan sesi Bual Bicara Khas Executive Talk bersama Pengarah SPRM Negeri Selangor dan moderator, PMgr. Nabilah Ajmal Binti Amir Kamarudin. Sesi ini turut dihadiri oleh Ahli- Ahli Majlis MPHS.
Seterusnya, Puan Yang Dipertua mengetuai bacaan lafaz ikrar IBR dan telah menandatangani IBR di hadapan Dato’ Hj Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.
Semoga warga kakitangan MPHS dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada warga Daerah Hulu Selangor dan memastikan kakitangan MPHS bebas rasuah.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon