MAKLUMAN KERJA-KERJA NAIKTARAF TAMAN AWAM JENJARUM
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf Taman Awam Jenjarum sedang dijalankan bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan para pengunjung.
Taman ini merupakan lokasi riadah yang sering menjadi tumpuan orang awam, justeru kerja-kerja penaiktarafan ini dijangka akan memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati semasa berada di kawasan taman dan mematuhi sebarang papan tanda atau arahan keselamatan yang dipasang sepanjang tempoh kerja dijalankan. Untuk makluman, orang awam TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan pembinaan atas faktor keselamatan.
Kerjasama dan kesabaran anda amat dihargai.