PROGRAM KEMPEN KUMPUL BOTOL PLASTIK KINI BERMULA
Anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Ayuh seluruh warga Hulu Selangor, inilah masa kita bangkit dan buktikan keprihatinan terhadap alam sekitar!
Misi: Kumpulkan 100,000 KG botol plastik dalam 14 hari bagi Malaysia Book of Records! melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia. MPHS menyeru seluruh warga Hulu Selangor untuk turut serta dalam usaha murni menyelamatkan bumi kita.
Kempen bermula dari:
Tarikh: 17 – 31 Ogos 2025
Bagi warga Hulu Selangor yang komited untuk turut serta boleh mengumpul dan meletakkan botol plastik di:
Lokasi Drop-off:
1. Pusat Kitar Semula Kuala Kubu Bharu
2. Pusat Kitar Semula Batang Kali
3. Pusat Kitar Semula Adenium
4. Pusat Kitar Semula Hulu Bernam
5. Kabin Bahagian KesKom, Jalan Pahang
SEMUA JENIS BOTOL PLASTIK DITERIMA
Tindakan anda:
Jangan buang botol, kitar semula dan jadi sebahagian daripada perubahan!
Setiap botol yang anda serahkan, satu langkah ke arah Hulu Selangor yang lebih hijau & bersih!