Bengkel Focus Group Discussion (FGD) bagi Pembangunan Pelan Tindakan Bandar Pintar MPHS 2035

Putrajaya, 19 Februari 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menganjurkan Bengkel Focus Group Discussion (FGD) bagi Pembangunan Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2035 dengan kerjasama dari Unit Bandar Pintar, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia).

Bengkel yang telah berlangsung selama 2 hari ini dihadiri oleh 63 orang peserta yang terdiri dari Jabatan Dalaman MPHS, Jabatan Teknikal Luaran serta agensi swasta (solution provider). Bengkel ini ada bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan dari semua peserta di dalam membangunkan Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Hulu Selangor serta memberi fokus dalam memperkukuh rangka kerja pembangunan bandar pintar dengan mengambil kira teknologi terkini, amalan terbaik serta potensi kerjasama antara sektor awam dan swasta. Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 9 (Industri, Inovasi & Infrastruktur), SDG 11 (Bandar & Komuniti Mampan) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat).

Bengkel telah dikendalikan oleh Ybrs. Encik Fazli bin Idris, Pegawai Perancang Bandar, Unit Bandar Pintar, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia) bersama-sama pasukan kajian. Turut serta di dalam bengkel ini Ybrs. TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Perancang Bandar, MPHS serta Pengarah, Ketua Bahagian MPHS dan juga Penyelaras Bandar Pintar MPHS.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ybrs. Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS. Beliau turut menekankan kepentingan kolaborasi berterusan dalam memastikan kejayaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Hulu Selangor 2035 dapat direalisasikan.

MPHS merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan bengkel ini dan berharap agar inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar pintar yang holistik, inklusif, dan berdaya maju di Daerah Hulu Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00956228