Larian Malam Geopark Ampang Jaya 2025
5 Julai 2025, Ampang
YB Dato’ Ir Izham bin Hashim, Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah telah hadir merasmikan Larian Malam Geopark Ampang Jaya 2025 sempena sambutan Ulang Tahun Penubuhan MPAJ ke-33 di Taman Melawati.
Turut hadir Ts. Hj. Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan YDP MPAJ, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS mewakili MPHS, serta Pengurusan Tertinggi dan warga kerja MPAJ.
Dianggarkan lebih 2,000 peserta mengambil bahagian dari pelbagai negeri dan negara melibatkan dua kategori iaitu 5KM dan 12KM.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon