Lawatan Perkongsian Ilmu daripada MPHTJ Berkenaan Proses Tatacara Perolehan Bagi Pelantikan Perunding dan Pengurusan Projek

LAWATAN PERKONGSIAN ILMU ‘KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM’ TATACARA PEROLEHAN BAGI PELANTIKAN PERUNDING DAN PENGURUSAN PROJEK OLEH MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ) KE MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS).

Kuala Kubu Bharu, 11 Jun 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar (MPHTJ) dalam rangka lawatan perkongsian ilmu berkenaan proses tatacara perolehan bagi pelantikan perunding dan pengurusan projek.

Delegasi yang diketuai oleh En. Mohd Fildaus bin Abd Halim, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPHTJ, telah disambut oleh En. Md Rizal bin Mohd Sofian @ Abd Karim, Pengarah Jabatan Bangunan MPHS, bersama kakitangan jabatan.

Sesi taklimat dan perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Cik Norazimah binti Arshad, Ketua Bahagian Perolehan MPHS, bersama En. Md Rizal bin Mohd Sofian @ Abd Karim selaku wakil Pegawai Penguasa bagi projek-projek di bawah kelolaan Jabatan Bangunan MPHS.

Sebagai sebahagian daripada program lawatan ini, delegasi MPHTJ turut dibawa meninjau beberapa tapak projek pembangunan di sekitar kawasan MPHS. Lawatan tapak ini memberi gambaran sebenar terhadap pelaksanaan dan pengurusan projek yang sedang dijalankan, serta memberi peluang kepada para delegasi untuk menimba pengalaman secara langsung.

Diharapkan sesi lawatan ini dapat menjadi platform berkesan dalam memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, di samping memperkaya pengetahuan serta kefahaman berhubung proses perolehan dan pengurusan projek di peringkat PBT. MPHS sentiasa komited dalam menyokong usaha pembangunan lestari yang berpaksikan prinsip tadbir urus yang baik.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

#FikirDuluSebelumBina

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 13 Jun 2025, 08:20:31.
Jumlah Pelawat :
01004049

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015