Lawatan Rasmi ke Ibu Pejabat Electronic Recycling Through Heroes (ERTH)

MPHS Kukuh Komitmen Kelestarian Melalui Program E-Waste bersama ERTH

Cyberjaya, 30 Mei 2025 – Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom) di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Electronic Recycling Through Heroes (ERTH) yang terletak di Cyberjaya, hari ini. Lawatan rasmi ke ERTH telah disertai oleh 4 wakil MPHS yang diketuai oleh PPKP Alauddin.

Lawatan ini diadakan bagi menyerahkan sisa elektronik (e-waste) yang berjaya dikumpulkan. Sebanyak 224.00 kilogram sisa elektronik, yang merangkumi 49 unit barangan telah dihantar ke ERTH. Kesemua e-waste ini merupakan kejayaan hasil kutipan daripada 6 siri Program SIDINA e-waste anjuran Bahagian KesKom dengan kerjasama komuniti setempat di sekitar Hulu Selangor.

Sepanjang lawatan, kami turut berpeluang mengadakan perbincangan bersama Pengarah merangkap Pengasas Bersama ERTH, Puan Nahed Eletribi, bagi membincangkan cabaran semasa dan potensi penyelesaian terhadap isu pengurusan e-waste yang semakin meruncing di Malaysia. Sisa elektronik seperti televisyen, komputer dan telefon mudah alih yang rosak bukan sahaja memenuhi tapak pelupusan, malah turut mengandungi bahan toksik berbahaya seperti merkuri, plumbum, kadmium dan kromium yang boleh mengancam kesihatan awam serta kelestarian alam sekitar jika tidak diuruskan dengan betul.

MPHS, melalui Bahagian KesKom, komited untuk meneruskan inisiatif yang menumpu kepada kesedaran awam demi mewujudkan persekitaran yang lebih lestari dan komuniti yang Sejahtera.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 11 Jun 2025, 07:22:13.
Jumlah Pelawat :
01002126

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015