Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2025

MALAM ANUGERAH PLATFORM SELANGOR (MAPS) 2025

Klang, 1 Ogos 2025 – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli menghadiri dan merasmikan Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2025 bertempat di Grand Acmar Ballroom, Wyndham Acmar Hotel, Klang. Majlis ini merupakan penghargaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang telah berjaya menamatkan program U-PLATS Siri Kedua di bawah inisiatif Platform Selangor (PLATS), yang dikendalikan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Majlis anjuran MBI dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah menyampaikan ucapan pembukaan serta menyatakan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa ekonomi digital melalui penglibatan aktif usahawan tempatan.

Turut hadir ialah YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi; YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor; Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Ts. Saipolyazan bin M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama Ketua Ketua Jabatan dan agensi yang lain

MAPS 2025 diadakan bagi menghargai usaha-usaha PMKS dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang sepanjang penyertaan mereka dalam U-PLATS. Program ini sebahagian daripada Pelan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi digital, memperkukuh daya saing PMKS dan menyokong transformasi digital secara menyeluruh dalam urusan perniagaan.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah, persembahan kebudayaan serta jamuan makan malam sebagai simbolik penghargaan kepada para peserta dan rakan pelaksana PLATS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 14 Ogos 2025, 07:00:27.
Jumlah Pelawat :
01049646

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015