MPHS BERJAYA MENGUMPUL 88.85kg MINYAK MASAK TERPAKAI DAN 227.25 KG dan 227.25kg E-WASTE
Batang Kali, 23 April 2025 – Program kitar semula minyak masak terpakai SIDINA UCO, telah berjaya mengumpul sebanyak 88.85 kilogram minyak masak terpakai sempena Program Let's Read, Mind Escape & Go Green.
Hasil pengumpulan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kolej komuniti terhadap kelestarian alam, tetapi turut menyumbang kepada pengurangan gas karbon dioksida daripada dibebaskan ke atmosfera
Selain itu, e-waste yang berjaya dikumpul sebanyak 227.25kg adalah seperti telefon bimbit, mesin pencetak, wayar dan kabel elektrik, monitor, CPU, kartrij pencetak, dan lain lain.
Dengan mengitar semula minyak masak terpakai dan e-waste, kita dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar, memupuk sifat pengurusan sisa secara bertanggungjawab serta mengurangkan pencemaran.
Oleh itu, amalan kitar semula ini bukan sahaja memelihara kesejahteraan alam sekitar dan komuniti, malah menyokong dasar negara ke arah ekonomi kitaran dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).
#HuluSelangorBandarRendahKarbon