Naziran Terhadap Urus Tadbir Pengurusan Pemberian Jalan Negeri (MARRIS) Tahun 2024

NAZIRAN TERHADAP URUS TADBIR PENGURUSAN PEMBERIAN JALAN NEGERI (MARRIS) TAHUN 2024

Hulu Selangor, 7 Julai 2025 (Isnin) – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan naziran daripada Perbendaharaan Negeri Selangor bersempena penilaian pelaksanaan Program Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) Tahun 2024.

Naziran tersebut melibatkan seramai lapan pegawai dari Bahagian Teknikal, Bahagian Perolehan dan Bahagian Sistem MARRIS Online. Sesi bermula pada jam 10.30 pagi dan memberi tumpuan kepada aspek pemantauan tadbir urus pelaksanaan serta pematuhan terhadap garis panduan program MARRIS.

Sesi dimulakan dengan semakan dokumentasi projek, termasuk laporan kemajuan kerja, rekod teknikal, dokumen tuntutan serta maklumat dalam sistem MARRIS Online.

Usai semakan dokumentasi, pasukan naziran turut menjalankan lawatan tapak ke beberapa lokasi projek jalan di sekitar kawasan pentadbiran MPHS. Lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan sebenar kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan memastikan maklumat dalam dokumen selari dengan pelaksanaan di lapangan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 08 Julai 2025, 08:03:34.
Jumlah Pelawat :
01019983

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015