Operasi Tangkapan Anjing Liar di Sekitar Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya

BUKIT BERUNTUNG, 9 September 2025 – Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terus memperkukuh komitmen dalam memastikan keselamatan awam dan kebajikan komuniti apabila berjaya melaksanakan operasi tangkapan anjing liar di sekitar Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya pada jam 9.00 malam tadi.

Dalam operasi yang diketuai oleh Muhammad Haziq bin Fadzly, Pembantu Kesihatan Awam, Unit Kawalan Haiwan Terbiar, KesKom, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) serta Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartment Anggerik, sebanyak lima ekor anjing berjaya ditangkap dengan lancar. Operasi ini turut dilaksanakan susulan aduan rasmi yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Zon 21, Puan Hayati binti Chat.

Siasatan mendapati sebahagian daripada anjing yang ditangkap dipercayai haiwan peliharaan milik pekebun di kawasan berhampiran. Sehubungan itu, KesKom memberi jaminan bahawa semua prosedur pengendalian haiwan akan dilakukan dengan penuh berhemah, mengikut garis panduan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Setiap operasi bukan hanya menumpukan kepada kawalan, tetapi juga mendidik komuniti agar lebih bertanggungjawab terhadap pemilikan haiwan. KesKom akan sentiasa menyeimbangkan aspek keselamatan penduduk dengan kebajikan haiwan.

Bagi memastikan keberkesanan berterusan, Puan Hayati binti Chat mencadangkan agar satu perbincangan strategik diadakan melibatkan agensi penguatkuasaan secara menyeluruh. Perbincangan ini akan merangka strategi operasi seterusnya yang merangkumi seluruh kawasan Zon 21, sekaligus mengukuhkan kerjasama rentas agensi dalam menjaga kesejahteraan komuniti.

Dengan usaha ini, KesKom menegaskan kembali komitmen MPHS dalam membina bandar selamat, bersih dan sejahtera untuk semua lapisan masyarakat.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#IniSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitSelangor2025
#VisitMalaysia2026
#SukmaSelangor2026
#KesKom

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 10 September 2025, 00:43:31.
Jumlah Pelawat :
01067901

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015