Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari 2025

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN FEBRUARI 2025

KUALA KUBU BHARU, 24 Februari

2025 – Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari 2025 dengan tema Sambutan

Tahun Melawat Selangor 2025 Peringkat Daerah Hulu Selangor.

Turut hadir dalam majlis

tersebut, YBrs. Tuan Awaluddin Bin Zakaria, Setiausaha MPHS; YBrs. Tuan Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Timbalan Setiausaha merangkap Pengarah Jabatan

Perbendaharaan MPHS, Puan Nurulhuda Ahmad, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat serta para pengarah dan ketua-ketua jabatan MPHS.

Gimik pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 Peringkat Daerah Hulu Selangor telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS. Encik Abdullah Shahrul bin Rosli, Ketua Unit Integriti MPHS turut menyampaikan taklimat berkaitan integriti penjawat awam.

Turut disampaikan sijil penghargaan kepada Jabatan dan Penyelaras Geographical

Information System (G.I.S) MPHS, dan kepada penerima Anugerah Mentor-Menti.

Perhimpunan bulan ini juga menyaksikan Puan Ranjinidevi a/p Dharmalingam dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pekerja Contoh tahun 2025.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00956266