Program Bazar Ramadan Mampan 2025 & Kempen Bebas Plastik #Taknakbazir

PROGRAM IHYA RAMADAN DAERAH HULU SELANGOR 1446/2025

BUKIT SENTOSA, 12 MAC 2025 : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM281,000 kepada 562 asnaf di Daerah Hulu Selangor dengan sumbangan sebanyak RM500 setiap seorang.

Majlis penyerahan sumbangan ini diadakan sempena Program Ihya Ramadan di Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa.

Selepas majlis penyampaian sumbangan, DYMM Sultan Selangor berbuka puasa bersama rakyat sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat.

Keberangkatan baginda dalam program ini mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan kurang berkemampuan.

Turut sama hadir pada majlis ini YAB Dato' Seri Amirudin Shari dan Isteri, Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Orang Orang Besar Istana dan Daerah, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, YBrs. Tuan Yuhanas Auree Kamaruddin, Tuan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan Awaludin Zakaria, Setiausaha MPHS, YAD Raja Dato' Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah, Ketua Ketua Jabatan Negeri dan Daerah, Pengarah - pengarah MPHS dan Ahli-ahli Majlis MPHS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00955906