Program Komuniti Strata 1.0 bagi tahun 2025

PROGRAM PENDIDIKAN KOMUNITI STRATA 1.0 MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2025

14 Mei 2025, Kuala Kubu Bharu- Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS telah mengadakan Program Komuniti Strata 1.0 bagi tahun 2025.

Program ini diadakan bagi memberi ruang kepada sesi taklimat dan perkongsian berkaitan maklumat-maklumat terbaharu dan prosedur-prosedur berkaitan pengurusan strata kepada anggota-anggota jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC dan Ejen Pengurusan.

Program pada pagi ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Puan Nurul Asshima binti Aminullah, Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan 2, Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Program telah dilaksanakan dengan sesi taklimat seperti berikut:

i) Layanan Cukai ke atas Penyenggaraan dan Pengurusan Harta Bersama oleh Encik Mohammed Hairul Azmi bin Talib, Penolong Pengarah Kanan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Selangor (diiringi oleh Puan Ainie binti Mohd Rudin, Penolong Pengarah).

Program ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Bahagian Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Hulu Selangor berharap agar program ini dapat membantu dan memberikan kefahaman kepada anggota-anggota jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC dalam mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang terbaharu yang berkuatkuasa.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Mei 2025, 09:20:20.
Jumlah Pelawat :
00997126

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015