Program KOZEDES "Perkasa Komuniti Perangi Aedes" Di Apartment Kenanga

PROGRAM KOZEDES "Perkasa Komuniti Perangi Aedes" di Apartment Kenanga

BUKIT BERUNTUNG, 7 September 2025 — Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), melalui Unit Kawalan Serangga Perosak, Bahagian KesKom, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA), telah berjaya menganjurkan Program KoZeDes 'Perkasa Komuniti Perangi Aedes' di Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya. Program pencegahan denggi ini merupakan penganjuran kali kedua, menandakan komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan dalam membasmi ancaman nyamuk Aedes.

Program ini bertujuan untuk melaksanakan strategi dan aktiviti secara praktikal dan lestari bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk serta mengawal populasinya. Inisiatif yang digerakkan bersama penduduk Apartment Kenanga dan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) ini dilihat sebagai pendekatan berkesan dalam mencegah kes-kes denggi secara berterusan.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Hayati binti Chat, Ahli Majlis Zon 21. Dalam ucapan beliau, Puan Hayati menekankan bahawa "Tanggungjawab untuk menjaga kebersihan bukan hanya terletak pada pihak berkuasa, tetapi pada setiap individu. Dengan semangat 'Daripada Anda Untuk Anda', setiap usaha kecil yang kita lakukan di rumah akan memberikan impak besar pada komuniti. Simbolik perasmian turut menyaksikan penyerahan perumah perangkap nyamuk (BIMOBET) kepada Pengerusi JMB Kenanga.

Program ini turut melibatkan kehadiran Dr. Muhammad Dzahiruddin bin Jusoh, Ketua Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dari PKD Hulu Selangor, yang menyampaikan taklimat terperinci mengenai bahaya demam denggi dan langkah-langkah pencegahan.

Selain itu, PPKP En. Mohamad Alauddin bin Mustafa dari MPHS turut memberikan pendedahan mengenai konsep KOZEDES kepada para penduduk dan juga cara-cara penggunaan BIMOBET.

Bagi menarik penyertaan dan menguji kefahaman penduduk secara santai, kuiz interaktif melalui Program Anjung dengan menggunakan aplikasi Kahoot turut diadakan. Kuiz ini direka khusus untuk menguji pengetahuan penduduk mengenai nyamuk Aedes dan bahaya demam denggi dengan cara yang menyeronokkan.

Kolaborasi antara MPHS, PKD Hulu Selangor, JMB, dan penduduk setempat ini dilihat sebagai model kerjasama yang berkesan dalam memastikan persekitaran yang sihat dan selamat untuk semua.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#KomunitiZeroAedes

#PerkasaKomunitiPerangiAedes

#UnitKawalanSeranggaPerosak

#KoZeDes

#Keskom

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 10 September 2025, 00:43:31.
Jumlah Pelawat :
01067689

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015