Program Semarak Ramadan Peringkat Daerah Hulu Selangor : "Road To Jannah" Tour Ramadan 2025

PROGRAM SEMARAK RAMADAN PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR : "ROAD TO JANNAH" TOUR RAMADAN 2025

Kuala Kubu Bharu, 7 Mac 2025 : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menjadi destinasi Program Semarak Ramadan Peringkat Daerah Hulu Selangor : "Road To Jannah" Tour Ramadan 2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor bersempena bulan Ramadan pada tahun ini bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu.

Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Izzuddin bin Md Shainisi, Pengurus Masjid Bandar Utama Batang Kali yang bertajuk 'Menyingkap Hijab Antara Hamba dan Ilahi'.

Antara intipati tazkirah adalah seperti berikut:

1. Ramadhan sering kali dianggap sebagai bulan penuh berkat yang menyingkap hijab antara hamba dan Ilahi. Dalam bulan ini, hati dan jiwa lebih mudah tersentuh oleh cahaya ketuhanan kerana suasana yang lebih kondusif untuk mendekatkan diri kepada Allah.

2. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga latihan spiritual yang membersihkan hati dari kotoran duniawi. Dengan menahan hawa nafsu, seseorang lebih mampu merasakan kehadiran Allah dalam hidupnya. Kesabaran, ketakwaan, dan rasa syukur semakin meningkat, sehingga hijab antara hamba dan Ilahi pun semakin dekat.

3. Ramadan juga membawa kesempatan untuk memperbanyak ibadah seperti solat malam, membaca Al-Qur’an, dan berzikir, yang semuanya membantu hati menjadi lebih lembut dan mudah menerima hidayah.

Turut hadir sama Tuan Md Khairi bin Md Zainal, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor bersama Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS serta Pengarah dan Ketua Bahagian/ Ketua Unit dan kakitangan MPHS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00955906