Sesi Libat Urus Peniaga : Memperkasa Ekonomi Melalui Kerjasama Pelbagai Agensi

SESI LIBAT URUS PENIAGA : MEMPERKASA EKONOMI MELALUI KERJASAMA PELBAGAI AGENSI

Kuala Kubu Bharu, 11 Jun 2025 - Satu Program Sesi Libat Urus Peniaga telah dianjurkan dengan tujuan utama untuk memperkukuh hubungan strategik antara peniaga tempatan dan agensi kerajaan serta kewangan.

Melalui pendekatan bersepadu, program ini memberi penekanan kepada pendidikan, kesedaran, serta peluang-peluang sokongan keusahawanan yang mampu memperkasakan ekonomi setempat, khususnya di kawasan Hulu Selangor.

Turut hadir En. Kamaruzzaman bin Abdul Rahman – Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan, Puan Hasjun Hashim – Ketua Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia (Kuala Lumpur), Puan Jamilah binti Siro – Pengurus PERKESO Cawangan Rawang, Puan Wan Nur Amiza – Wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan wakil Agrobank – Cawangan Kuala Kubu Bharu & Selayang.

Pelbagai aktiviti dan taklimat informatif telah diadakan sepanjang sesi berlangsung yang menjelaskan kepentingan perlindungan sosial kepada para peniaga dan pekerja mereka, pendedahan kepada pentingnya pengesahan perniagaan secara sah dan berdaftar serta mengingatkan usahawan tentang penipuan kewangan dan kaedah melindungi diri dalam urus niaga digital. Peluang pembiayaan mikro dan skim khas juga turut diberikan kepada usahawan luar bandar.

Sesi Libat Urus Peniaga ini bukan sahaja berjaya mempertemukan pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem keusahawanan, malah menjadi platform dinamik untuk pertukaran ilmu, sokongan dan inspirasi. Melalui sinergi antara agensi dan peniaga, diharapkan ekonomi tempatan akan terus berkembang dengan lebih mampan dan inklusif.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 13 Jun 2025, 08:20:31.
Jumlah Pelawat :
01003797

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015