PROGRAM IBADAH KORBAN ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MPHS TAHUN 1446 / 2025
Hulu Selangor, 10 Jun 2025 – Program Ibadah Korban anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS (KSDK MPHS) telah diadakan bermula pukul 8:00 pagi hingga 3:00 petang bertempat di kawasan parking berbumbung MPHS.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat gotong-royong dan ukhuwah sesama warga kerja, di samping memperingati ibadah korban yang penuh makna dalam kalendar Islam.
Program ini juga melibatkan aktiviti memasak dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran seramai 71 orang ahli.
Encik Khairul Anuar bin Khalid, Yang Dipertua KSDK MPHS telah menyampaikan bungkusan daging kepada tujuh orang peserta yang menunaikan Ibadah korban pada tahun ini. KSDK MPHS juga turut menyampaikan sumbangan daging kepada golongan asnaf di kawasan Kuala Kubu Bharu.
Semua aktiviti telah berjalan lancar hasil kerjasama erat dalam kalangan ahli dan semangat kerja berpasukan yang tinggi. Selain itu, program ini juga berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai murni dalam kalangan warga kerja MPHS.
Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.