14 Hari Lagi Sebelum Program Sekitar di Hulu Selangor Bermula!!
Kitar Semula Kaedah Pintu-ke-Pintu (Door-to-Door Collection & Recycling)
Bermula 5 Januari 2026
Jom sama-sama jayakan amalan kitar semula dengan langkah yang mudah & praktikal
Cara penyertaan:
- Asingkan barangan kitar semula daripada sisa domestik
- Bersihkan dan keringkan barang kitar semula campuran kering
- Masukkan ke dalam beg plastik atau kotak
- Letakkan di hadapan rumah mengikut jadual kutipan mingguan
Barangan diterima:
- Plastik, kertas, kadbod, kotak minuman & logam
Barangan tidak diterima:
- Tisu terpakai, lampin, kaca, minyak masak terpakai, e-waste, kain, tayar dan lain-lain
Sila rujuk jadual kutipan mingguan mengikut kawasan seperti dalam poster.
Imbas kod QR untuk maklumat lanjut atau muat turun aplikasi iClean Selangor bagi aduan & pertanyaan.
Kecil langkahnya, besar impaknya.
Asingkan. Pulangkan. Jom Kitar Semula !!
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#IniSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitSelangor2025
#VisitMalaysia2026
#SukmaSelangor2026
#JPSPPA
#KesKom
#SELKitar
#JomKitarSemula




















