MyPSV Inisiatif Kerajaan Bantu Golongan B40

MyPSV INISIATIF KERAJAAN BANTU GOLONGAN B40

Majlis Pelancaran Program MyPSV Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hulu Selangor serta agensi-agensi jabatan Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali pada 3 Julai 2023.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Belanjawan Madani 2023 bagi membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).

Menerusi program ini, kerajaan mensasarkan akan memberi manfaat kepada 4,000 orang calon yang meliputi 3,500 orang untuk PSV [E-Hailing/Teksi] dan 500 orang untuk PSV [Bas] daripada golongan B40 di seluruh negara menerusi peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Belanjawan Madani 2023.

Peruntukan ini merangkumi kos ujian dan latihan kepada calon dengan kadar RM 2,590 untuk setiap calon PSV Bas manakala RM190 untuk setiap calon PSV E-Hailing/Teksi. Program ini juga sebagai komitmen dan usaha cakna Kerajaan Perpaduan untuk membantu golongan B40 mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig seterusnya menyokong dan menambah baik kelangsungan sektor pengangkutan awam serta pelancongan di negara ini.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia dan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 14 Jun 2024, 23:40:09.
Jumlah Pelawat :
00771811

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015