Pertandingan Badminton IPMC Anjuran MPHS 2022

PERTANDINGAN BADMINTON IPMC ANJURAN MPHS 2022

Kejohanan Badminton Jawatankuasa Pertubuhan Pengurusan Taman Perusahaan (IPMC) anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah berlangsung pada 17 Disember 2022 di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali.

Sebanyak 10 agensi yang telah menghantar penyertaan di dalam kejohanan ini. Format pertandingan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan perlu menghantar 3 pasukan (2 beregu lelaki 1 beregu perempuan). MPHS selaku tuan rumah juga turut menyertai kejohanan ini.

Penganjuran kejohanan ini adalah bertujuan bagi membina hubungan silaturahim antara pihak Majlis dan pemain-pemain industri di Hulu Selangor yang telah bersama-sama menyumbang kepada pembangunan daerah ini. Kejohanan telah berlangsung dengan jayanya dan keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

Johan : Perodua (RM 700)
Naib Johan : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (RM 500)
Ketiga : MDC Precast Industries Sdn. Bhd. (RM 300)
Keempat : Pong Codan Rubber (M) Sdn. Bhd. (RM 300)

Pemenang telah menerima wang tunai beserta hamper yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS bersama TPr. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang telah turut serta didalam kejohanan ini. Tahniah juga kepada pemenang pertandingan ini. Semoga sukan tahunan ini dapat diteruskan dan dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan pada masa akan datang.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 25 Jun 2024, 04:47:52.
Jumlah Pelawat :
00777697

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015