Program Gotong Royong Perdana Bersama Penyewa

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA PENYEWA

KUALA KUBU BHARU, 18 JULAI 2024: Jabatan Penilaian &

Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana Bersama Penyewa bertempat di Medan Selera Dataran Kuala Kubu Bharu

Program ini melibatkan 23 orang kakitangan JPPH, 9 penyewa premis dan kerjasama daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap serta wakil-wakil dari setiap jabatan dan bahagian yang terlibat. Turut hadir ke program ini, Yang Dipertua, Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, S.M.S, Timbalan Yang Dipertua, Tuan Awaluddin bin Zakaria, A.M.S, Ahli Majlis Zon 8, Puan Saripah binti Bakar, Ketua Jawatankuasa Kaizen, En. Mohd Heiri Helmi bin Abu Bakar.

Program ini diadakan adalah untuk memastikan premis sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa. Secara tidak langsung premis ini juga telah dipilih untuk menyertai Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih PBT Tahun 2024.

Disamping itu, program ini dapat meningkatkan kerjasama dan hubungan harmoni antara Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dengan penyewa premis dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif, selamat dan ceria di Medan Selera Dataran Kuala Kubu Bharu untuk keselesaan pelanggan.

Program yang bermula seawal 9:00 pagi ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Solehin bin Abd Rahim dan penerangan oleh En. Azizul Azrin bin Mohd Badri mengenai program gotong royong bagi memasuki Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih PBT.

Program ini disemarakkan lagi dengan pertandingan Anugerah Premis Terbaik Keseluruhan, Anugerah Premis Terbersih dan Anugerah Premis Paling Sporting. Bagi Anugerah Premis Terbaik Keseluruhan dimenangi oleh En. Rosmanizam bin Ruzlan, Anugerah Premis Terbersih dimenangi oleh Pn. Sara A/L Selvaraju dan Anugerah Premis Paling Sporting dimenangi oleh Muhammad Haziq Naqiuddin bin Hairuddin

Penutup bagi program ini di akhiri dengan ucapan alu-aluan dari Ahli Majlis, Pn. Saripah binti Bakar. Beliau menyambut baik usaha JPPH dan jabatan -jabatan terlibat dalam bekerjasama mengadakan program bersama komuniti dan berharap program ini diteruskan pada masa akan datang. Program ini dengan jayanya tamat pada pukul 1:30 tengah hari dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar beramai-ramai. Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini mewujudkan identiti korporat dan suasana yang kondusif di premis milik MPHS.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 07 Oktober 2024, 02:26:37.
Jumlah Pelawat :
00851273

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

i-Tegur

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015